Feb 27, 2014

~ peranan suami~

assalamualaikum
kali ini kita bertemu dalam segmen bersama prof Muhana..hahahaha..ekceli kami2                     ( psychologist JKMNT) ni ada nama samaran yang dipetik dari nama Prof Muhaya..contoh Kak Huda..kami gelarkan Prog Muhada..wani jadi prof Muhani..kak zie jadi Prof Muhazi..Shahlan jadi Prof Muhalan...dan cheqna jadi Prof Muhana....boleh ke sepupu cheqna dikasiknya cheqna Prof Muhampeh...sabar jela
cheqna nak sentuh pasal rumahtangga hari ni..bukan ape..kebetulan ada kes yang cheqna terima..
ok..dalam rumahtangga..mencari rezeki untuk menanggung isteri anak2 adalah suami kan...ok..kat sini cheqna nak jelaskan betapa sebenarnya tanggungjawab seorang suami bukannya mudah...mencari rezeki untuk menanggung isteri dan anak2...pernahkah suami2 fikir tentang keberkatan rezeki yang dicari dan diberi kepada isteri dan anak2.
ada kes...mewah sangat laki bini ni walau isteri hanya bekerja sebagai kerani yang gajinya hanya RM500++ dan suami pulak hanyalah polis bantuan..maaf..bukan cheqna nak menghina atau merendahkan kerja as a kerani mahupun polis bantuan yer..mohon baca sampai habis..
dalam diam..suami rupanya menjual dadah...kalu orang terengganu gok kata tokang la...patutla dimewahkan sangat isteri dan anaknya...dan paling sedih..isteri tahu pekerjaan suami dia tapi tak mampu berbuat apa2 sebab ikut katanya..saya terlalu bahagia bila dilimpahi kemewahan..Ya Allah Ya Rabbi..cheqna mengucap panjang....
ko bagi makan isteri anak ko dengan duit haram..jadi darah daging ko..isteri dan anak ko...camana tu Ya Allah...cheqna banyak gak bagi pencerahan kepada isteri dia..harap2 dia dapat sedarkan suami dia...ikut kata isteri dia...suami dia solat tak tinggal...tapi entahlah..wallahualam..
citer ngan suami...menggeleng kepala dia..cheqna tak tahu nak komen camana lagi..cheqna bukan orang yang pandai sangat bab agama...tapi tahulah hukum halal haram tu...tak tahulah...sebab isteri dan anak2 kita..hasil didikan  kita...kalau kita bagi makan mende haram..camana nak bentuk akhlak yang baik..mende haram ni bukan setakat arak babi sahaja...
dan kebanyakan kes remaja2 yang tingkahlaku tak elok cheqna terima..kalau dibuat penerokaan..ada kaitan dengan cara keluarga besarkan mereka...wallahualam..doakan yang baik2 saja... 
peranan suami/ayah..bukan mudah sebenarnya....tapi kalau kena caranya..Allah pasti akan memudahkan urusan kita....

13 comments:

  1. tertelan air liur baca cheqna....

    semoga mereka diberi kesedaran..

    ReplyDelete
  2. semoga dia diberi Taufik & Hidayah dariNYA...

    ReplyDelete
  3. setuju.. keberkatan rezeki tu penting.. memang susah kalau gaji kecil..tapi kalau rajin dan berkat..insya allah ada je rezeki yg datang tanpa disangka..

    ReplyDelete
  4. Hurmmm...mungkin dah gelap mata bila dpt duit byk mcm tu. SMoga mereka diberi hidayah.

    ReplyDelete
  5. Prof Muhampeh! hahahaha

    Itulah cheqna...org melayu islam, dia cukup geli/allergic/marah dgn benda haram bernama babi...tapi kalau yg haram itu duit nya...dia tak pedulik dahh

    ReplyDelete
  6. Yaalah sampai mcm tu sekali sanggup buat mcm tu kat isteri n anak2 tampa fikir dosa...yg bini lak boleh jawab mcm tukan... sabo jerla.

    ReplyDelete
  7. tu belum lagi kena selidik dek pihak berkuasa.. masa tu nak menyesal tak guna dah.

    ReplyDelete
  8. Sedihnya bila hal begini pun mereka buat tutup mata. Bersolat tidak semestinya tak buat ini semua cheqna. Pak Imam yg merogol pun ada ibaratnya macam itulah...

    Buat cheqna ada peluang ingatkan si isteri ingatkan selalu moga dia cepat taubat..

    ReplyDelete
  9. alahai ...betul cakap orang ......kerana duit boleh gelap mata ..boleh hilang pertimbangan. Minta dijauhkan la kita dari sikap yang macam tu ....

    ReplyDelete
  10. ustaz memang kata, salah satu punca anak2 skang nakal sebab sumber rezeki yg tak berkat... nauzubillah...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~