Jun 19, 2013

~ isu cukur jambul ~

assalamualaikum
cheqna nak share pasal isu cukur jambul pada bayi yang baru lahir...sekarang dah jadi trend kan..buat majlis aqiqah or cukur jambul anak siap dengan pelamin...siap dengan khemah..siap dengan buaian yang dihias indah...dulu cheqna pun tak tahu hal ni...cheqna anggap macam biasa je sebab ramai orang buat...sehinggalah masa aqib dilahirkan...lebih kurang umur Aqib berapa ntah..cheqna x ingat...suami (masa tu tunang la) bagitahu dia baru balik dari timbang  rambut aqib..cheqna terkejutla...timbang untuk apa....bila suami jelaskan baru cheqna tahu....selama ni cheqna ingatkan bila dapat baby..wat cukur jambul beserta kenduri..tu je...
pastu cheqna jumpa ni kat FB..so cheqna share kat sini untuk makluman bersama la


--> Bidaah Orang Melayu
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. 

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) 
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. 
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. 
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w.. 
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat. 
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa. 
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini. 
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

apa yang cheqna lihat....skang masyarakat kita banyak mengkedepankan adat mengkebelakangkan apa yang agama ajar..kalau tak buat cukur jambul..potong rambut masuk dalam air kelapa tak boleh...sebab masyarakat kita buat..nanti apa pulak kata orang ramai...dah tak fikir apa yang agama kata..apa yang Allah kata.... 
wallahualam..mana yang baik...ikutlah...cheqna bukanlah "ustazah"..tapi sekadar berkongsi apa yang cheqna tahu dan cheqna baca...

7 comments:

  1. Hal yg ni, dah lama sy tahu. Dulu ms aydin bru lahir, mak mentua selalu gak minta nak bt kenduri cukur jambul. Tp sy tak nak. Kami cuma cukur sendiri. Tak bt majlis pun.

    ReplyDelete
  2. family saya tak ada buat kenduri cukur jambul, cuma panggil ustaz tolong cukur rambut(botak), pastu tahnik..rambut tu memang timbangla..

    ReplyDelete
  3. sesetengah orang plak cakap tak elok cukur rambut baby sampai botak. mmm...

    qausar lepas wat aqiqah dia terus botak...

    ReplyDelete
  4. dulu2 anak2 memang dibotakkan terus lepas 7 hari cheqna..anak2 acik tiga2 macam tu..tak buat kenduri pun..cuma kambing aqiqah..dimasak dan bawa kemasjid..dan baca doa kesyukuran dimasjid tu

    ReplyDelete
  5. Ros pun dh tau.. Just cukur botak n timbang rambut tu je sedekah fakir miskin... Moga kita dilindungi allah :)

    ReplyDelete
  6. lorrr xtau pulak y ianya xwajib..huhuu nice sharing cheqna;)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~