Apr 19, 2013

~ lamb chop versi cheqna ~

assalamualaikum
Hari Isnin, balik dari umah ma...kami singgah kedai abang din atau nama panjangnya MYDIN. suami nak makan kambing..jadi kami cari kambing kat sini..alhamdulillah jumpa...yang mentah punya la..bukan yang dah masak...
balik umah....terus kemas2 barangan yang dibeli dan mula perap kambing tersebut..suami suka bakar or panggang je kambing ni...
dalam 4 slices satu paket...harga RM10.89...cheqna perap ngan 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk, 3 sudu besar sos tiram,4 bawang putih yang ditumbuk halus,1 sudu besar gula perang,2 sudu besar minyak zaitun, setengah sudu kecil garam....gaul la semua bahan ni.....perapla..lagi lama diperap lagi sedap...
pastu ni cheqna nak wat sos lada hitam plak....antara bahan bahannya adalah

1 bawang besar [didadu]

2 bawang putih [dicincang]
3-4 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
1 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis (cheqna guna mentega)


caranya pun mudah

1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.

2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan tomato sos, cili sos, lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


dah siap...ekceli resepi ni cheqna amik dari SINI

suami kata sedap..cuma kambing tu diperap sekejap je...tak lama sangat...pesen tak meyabo nak makan kambing...hahahahaha

try ler...tapi cheqna tak makan pun..hahahaha..cheqna rebus ayam..cicah ngan sos lada hitam ni...pun sedap =)

11 comments:

  1. wah cheqna dah semakin pandai masak.. siap boleh buat lamb chop lagi..ayu pun tak pernah buat..hehe.. ekceli sedap nengok lamb chop tu..

    ReplyDelete
  2. terernye cheqna buat lamb chop..azni dgn husband tak makan kambing so takleh la cuba resepi ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Wah cheqna. Memang nampak sedap tu, akak tak pernah try buat lambchop sendiri...huhu

    ReplyDelete
  4. heheee .. lepas ni hari2 boleh makan lamb chop dah :)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~