Feb 5, 2013

~ sungguh tak disangka ~

assalamualaikum
sepanjang 5 tahun berkhidmat sebagai pegawai psikologi dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat..pelbagai perkara sudah cheqna tempuhi...pelbagai masalah sudah dihadapi...tapi satu perkara tak pernah cheqna duga..langsung tak pernah terfikir akan berlaku pada cheqna....kisahnya begini
ni status yang cheqna update pada 4 Februari 2013...
3 Februari 2013 jam lebih kurang 330pm...cheqna didatangi klien..sebelum tu, ada staff dah bagitahu ada kes yang akan dirujuk kepada cheqna...jadinya cheqna tunggu la...
sebaik saja sampai...salam..cheqna bahasakan dia cikgu la...sebab staff cheqna dah bagitahu sebelum tu klien ni cikgu....tiba2 "saya rasa hidup saya tak bermakna...saya nak mati"
uish...parah ni....cheqna cuba coolkan cikgu...sembang2 biasa dulu...
masa sembang2..cheqna dah perasan mata cikgu ni asyik melekat kat dinding dimana cheqna paparkan nama cheqna n jawatan cheqna...sehinggalah..
"puan duk mana??"
"saya??saya duk Bukit Bading"
"oh...sah..anak murid saya"
"hah???cikgu nama pe"?
"cuba awak sebut nama cikgu yang awak ingat"
cheqna pun sebut la nama cikgu2 yang cheqna ingat...ada dalam 10 orang cheqna sebut dan tiba2 dia berkata
"saya cikgu *&^%%$$#"
cheqna sangat terkejut....terkejut sebab cikgu ini sangat lain....sangat2 lain...dan paling penting masalah yang diceritakan sangat menyedihkan...sangat2 menyedihkan...
cheqna tak leh nak dedahkan sapa cikgu cheqna tu..cukuplah sama2 doakan moga Allah permudahkan segala urusan cikgu cheqna ini didunia mahupun di akhirat...
kelakar jugak..masa tengah wat sesi...tiba2 cikgu boleh kata
"beso doh awk...dulu kecik je"
huhuhuhu
macam status yang cheqna buat kat fb la
"~ sape yang tak suka bila dapat jumpa dengan salah sorang cikgu yang mengajar kita di sekolah rendah 18 tahun yang dulu....tapi sedih bila bertemu dalam keadaan aku Pegawai Psikologi dan dia..sebagai klien aku...huhuhu..moga Allah mempermudahkan segalanya buatmu cikguku....~ 

9 comments:

  1. oh sedih bercampur gembiralah ye...jumpa cikgu yang dah lama tak jumpa tapi sedih kerana terpaksa berhadapan dengan kisah sedih yang terpaksa cheqna uruskan...semoga cheqna memberi nasihat yang baik untuk cikgu tu...dan semoga Allah permudahkan segalanya...hari ni hari cikgu tu...hari kita tak tahu lagi kan...

    ReplyDelete
  2. KALAU SAYA PUN MESTI TAK TERKATA
    MCM MANA YE..APA2PUN MOGA MENDAPAT PENYELESAIAN YG BAIK

    ReplyDelete
  3. ingat nk kongsikan masalah dan tips buat kami jugak rupenye jumpa cekgu balik dlm situasi bekerja

    ReplyDelete
  4. Uishhhhh...cikgu boleh ingat anak murid ni...hebat cikgu tu....

    Saya doakan cikgu cheqna tu akan sembuh depression nya...dlm kes macam ni, cheqna ada rujuk dia ke psychiatrist tak? Risua jugak, kot2 mmg betul dia ada tendency nak bunuh diri

    ReplyDelete
  5. Moga dia ok. Moga segala urusan cikgu Cheqna dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. rasa sebak pulak baca walau tatau kisah sebenarnya tp dpt merasai beban dan penderitaan cikgu cheqna tu.harap dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  7. smoga cheqna berjaya bantu cikgu tu... kesian juga kan pendidik yg dlu kita sanjung...kita hormat...ditimpa masalah...

    ReplyDelete
  8. smga cikgu cheqna baik2 ajer..dan dipermudahkan segala kesusahan yg dialaminya...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~