Feb 20, 2013

~ kisah2 mereka..siapa kita untuk menghukum??~

assalamualaikum
jangan pelik..ini memang blog curahan rasa kendalian cheqna...memang selama ni blog ni hanya memaparkan kisah2 yang berlaku pada diri cheqna ataupun kisah mengenai mereka2 disekeling cheqna....politik??memang tak r..apatah lagi kalau bab2 nak amik kisah bab2 artis ni...tapi kali ni cheqna macam terpanggil untuk berkongsi pandangan cheqna mengenai isu ini..sekali diingatkan ini adalah pandangan cheqna....anda yang membaca berhak untuk setuju atau tidak...sebab masing2 ada pandangan sendiri kan...
so..jom kita mulakan
baru2 ini...kita heboh dengan isu Shilla - amzah aka ND lala - Sharnaaz Ahmad. semua tau cheqna rasa...dan cheqna sedikit sebanyak mengikuti jugak kisah mereka ni....cheqna baca kat blog2 hiburan majoriti menghentam sharnaaz....hentam sharnaaz dengan pelbagai alasan....kaki pukul, panas baran, tidak hormat orang tua, pengongkong ( wah ko ayat..maaf cikgu2 bm ) dan pelbagai lagi la
mengutuk tindakan shilla yang dikatakan membelakangkan keluarga sekiranya memilih bersama sharnaaz, mengatakan shilla bodoh andainya terus pilih sharnaaz sedangkan terang2 dah nampak sharnaaz ni orangnya camana..mengatakan shilla tak akan bahagia andainya terus memilih sharnaaz untuk menjadi suami dan etc..
ada jugak yang menghentam pak Amzah aka ND Lala..mengapa tidak dihalang dari awal hubungan mereka...kenapa baru skarang??kenapa bila shilla dah semakin naik namanya baru nd lala nak halang sedangkan dah lama anak daranya itu melakukan pelbagai perkara yang mendatangkan marah dan persoalan pada orang ramai..harus diingat..anak nd lala tu dan sharnaaz adalah public figure..segala perbuatan mereka menjadi tatapan peminat...dan juga yang tak minat..macam2 lagilah yang dikata...dan paling penting dalam kemelut hubungan mereka ini, sharnaaz adalah orang yang sangat2 banyak dihentam...

suatu ketika dulu....
skang kemain keluar lagu AKU MASIH CINTA gitu....ok tutup kisah mereka...skang kisah kedua yang turut hangat diperkatakan iaitu kisah pasangan ini
ye..ALMY NADIA dan FIZZ FAIRUZ
isu pertunangan fizz jadi bualan..sebabnya..fizz diketahui ramai hangat bercinta dengan almynadia...tup2 tanpa angin tanpa ribut fizz dikatakan bertunang...tapi bukan dengan almy nadia...itu pasal kecoh maaa...macam2 orang kata..dan yang paling teruk kena kata adalah Fizz ler......
ok..bagi cheqna..as a peminat...tak salah untuk kita amik tahu tentang apa yang berlaku terhadap artis2 kita ni...tapi janganlah taksub sangat...bergaduh sesama sendiri....mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya...
pada cheqna..kita ni orang luar (bukan dari kalangan ahli keluarga mereka, ataupun rakan2 terdekat mereka) salah atau tidak, hanya mereka2 je la yang tahu....x perlu kita sibuk nak menjadi hakim menilai mana salah mana betul perbuatan mereka itu...doakan agar semuanya kan berlalu dengan baik2 aje..yang tahu apa sebenarnya yang berlaku adalah diri mereka sendiri..tu je...tapi biasalah kan....cerita sejengkal menjadi sedepa...faham kan??
jadi..sama2 la doakan yang terbaik buat mereka...sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA...

13 comments:

  1. hmm,, pasal ertis, mesti angin bertiup kencang mengalah kan taufan,, adoyai, biaq pi la ngn depa, idupp masing2,,kan cheqna..hehe

    ReplyDelete
  2. Kan?doakan saja yg terbaik buat mereka kalau kita perihatin sangatlah...

    ReplyDelete
  3. salam...baru je dengar kat radio td pasal fizz fairuz yang baru "tersedar" yang tunang dia tu isteri orang...

    ReplyDelete
  4. malas amik port psl retis...tak kuasa mak nyahhhh :D

    ReplyDelete
  5. aah. biar mereka & keluarga mereka je setelkn. kite doakn yg t'baik je.. jgn over!

    ReplyDelete
  6. Hari ini pulak dikatakan Fizz dah putus tunang sebab tunang dia adalah isteri ke2 org. Eh... entahlah macam-macam dunia hari ini.

    ReplyDelete
  7. apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya...semuanya telah ditetapkan oleh Pencipta Alam ini.Berserah pada takdirNya..

    ReplyDelete
  8. sbb depa artis...setiap langkah diperhatikan,setiap perbuatan dinilai org...

    baik jadi org biasa mcm kita,takde yg nak mengata hehe

    ReplyDelete
  9. Istilah menghukum tak sesuai,
    Kita bukan penguasa negara atau Alam,
    Istilah memesan lagi, elok,siapa yang suka ayat menghukum?
    Tapi jika membaca dan memesan sesama Islam, atau mengulangi kembali ayat ayat Penguasa Alam, itu tugas mulut dan jari, kecuali insan itu tak berkuasa bercakap dan menulis, dia komen dalam hati.

    Rezeki berkat membenihkan nilai akhlak anak anak, hatihati juga join MLM yang berbentuk munafik menipu orang bawah,,line line,,

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~