Mar 8, 2012

~ kaunseling???langsung tak berfaedah..~

assalamualaikum
anda semua tentu pernah dengar perkataan KAUNSELING kan???Pernah dengar perkataan KAUNSELOR bukan??mahupun pernah mengenali PEGAWAI PSIKOLOGI bukan???
yup..cheqna pun pernah dengar dan akan sentiasa dengar..insyaallah...ramai yang memberikan tanggapan yang negatif bila mendengar perkataan "KAUNSELOR..KAUNSELING mahupun PEGAWAI PSIKOLOGI" betul kan???
kalau di sekolah....pelajar2 yang jumpa CIKGU KAUNSELOR diklasifikasikan sebagai pelajar yang bermasalah....betul kan???ok...cheqna tak mau cakap pasal kaunselor di sekolah....sebab bukan kepakaran cheqna..cuma masa dulu2 waktu cheqna form 6..always je jumpa cikgu kaunselor tu...dan sampai skang kami masih kontek....cheqna bermasalah???erm...waktu form 6 cheqna adalah head girl...jumpa cikgu Yassin tu just sembang pasal bidang2 yang boleh cheqna amik masa kat U...peluang2 pekerjaan...dan ada ketikanya membincangkan masalah2 yang melanda sekolah skang...thats all..
sekarang....cheqna sedikit terkilan bila ada suara2 sumbang mengatakan jumpa kaunselor langsung tak berfaedah...tak membantu apa2 pun...tak nampak apa kesannya bila jumpa kaunselor..ok fine..cheqna tak salahkan suara2 sumbang itu...masing2 punya hak untuk berbicara rite??dan skang masa untuk cheqna berbicara..
ok...sebagai contoh...anak gadis yang sudah 15 tahun berada bersama keluarga dirujuk kerana masalah tingkahlaku luar kawal....adakah dengan hanya merujuk kes berkenaan kepada kaunselor...dan mengharapkan pertemuan selama hampir 1 jam itu akan membuahkan hasil serta merta yang gadis tersebut akan terus berubah menjadi anak yang baik..mendengar kata..dan tidak melakukan kesilapan yang sama???15 tahun bersama family...family tak dapat bimbing anak...mengharapkan pertemuan tak sampai sejam menghasilkan keajaiban????tak faham lagi????ok...ni mungkin contoh yang anda semua tak suka...tapi cheqna nak bagi penjelasan agar anda semua faham...pasangan yang dah kahwin...melakukan hubungan pada malam pertama..berapa % peluang untuk mengandung hanya dengan melakukan SEKALI sahaja hubungan kelamin itu????got it??? alhamdulillah kalau ada rezeki Allah bagi....tapi tetap kena melalui proses mengandung selama 9 bulan sebelum hasilnya dapat dilihat kan???means baby yang dilahirkan ke dunia la kan..begitu jugak dengan sesi kaunseling...ada teknik..ada kemahiran yang perlu digunakan...bukan semborono sahaja...bukan sekali jumpa terus berubah dari nakal menjadi tidak nakal...
merajuk????tak la...cuma ada ketikanya terkilan je la sket...masing2 punya bidang tugas kan??kenapa nak kondem bidang tugas orang lain??kita mungkin tak tahu camana beban tugas dalam bidang masing2...cheqna percaya...sekecik2 jawatan sehingga sebesar2 jawatan..masing2 ada beban tugasan tersendiri..
sesi kaunseling bukan dapat dilihat kejayaannya hanya dengan mengadakan sekali sahaja perjumpaan..kene berterusan...kena gali dan kaji apa masalah sebenar yang dihadapi...bukan just di surface je kita tengok...dan paling penting..kejayaan sesebuah sesi...err betul ke sesebuah sesi ni?? lebih besar potensi untuk berjaya apabila klien2 itu sendiri rela untuk merubah dirinya menjadi yang lebih baik...kalau dipaksa mungkin agak sukar..bukan tidak boleh..tapi cabarannya agak besar la...berbeza dengan klien yang memang nak berubah...sedia untuk berubah...perubahan itu datangnya dari diri kita sendiri...nak ubah orang bukan mudah...kena bukak mata dan minda klien itu dengan sebaiknya...
kaunselor bukan pembuat keputusan untuk klien....kaunselor just bukak ruang serta jalan...berbincang dengan klien...membuka minda dan mata klien agar nampak apa yang bakal terjadi andai keputusan ini diambil...andai jalan ini dipilih...tidak boleh sama sekali kaunselor membuat keputusan untuk klien.. 
kepada kaunselor di luar sana..cuba lihat??kita ada ke ciri2 yang cam ni????kalau ada alhamdulillah..kalau tak ada..kena baiki diri la...sebab kaunselor ni UNIK...ingat lagi masa awal2 masuk keje seorang penceramah pernah kata "kaunselor ni bawah sket pada malaikat atas sket pada manusia" kalau tak silap la lebih kurang gini la ayatnyer....masyarakat melihat kaunselor ni tak leh buat silap...kaunselor ni tak leh ada masalah....hamboii..kalau gitu doktor tak leh sakit la???
cheqna tak salahkan masyarakat ataupun sape2 sajelah yang memandang sinis profesion kaunselor mahupun pegawai psikologi ni..masing2 punya pandangan dan pendapat...asalkan semua pegawai psikologi dan kaunselor tahu..sedar serta menjalankan tugas dan peranan masing2 dengan baik...penghargaan dari manusia memang jauhhhhhhhh la untuk kaunselor/pegawai psikologi nak dapat...tak pe...penghargaan dan ganjaran dari Yang Maha Esa jadi keutamaan...masalah lain..tolak tepi..yang penting kita happy dengan kerja kita.....
dan paling penting....kaunselor / pegawai psikologi juga MANUSIA BIASA...tapi kami akan berusaha untuk menjadi LUAR BIASA...=)

9 comments:

  1. bukan mudah tu...bukan mudah nak jadi kaunselor...

    apa pekerjaan walau sekecil mana sekali pun, ada beban tugas dia...

    ko sabar ye nok...

    ReplyDelete
  2. hehe..betul tu kakna..kalu koloh dulu sape hok babil kena jupe kaunseling la..tp babil gok pahtu..atah org benonyer..kaunselor hanya nasihat..ye nk dgr xboh tu mslh ye la pulok..

    ReplyDelete
  3. sy sebenarnya..minta maaf cakapla..tak berapa percaya pada kaunselor. Diorang pun manusia. Sedangkan hal pribadi sendiri pun kadang2 terlapas cakap, inikan pulak hal orang lain.nak2 hal tu agak menarik untuk diceritakan. Paling tak boleh percaya, kaunselor sekolah. Orang yang tak tau kisah pun boleh jadi tau. Ini pendapat sy ya..oleh itu baiklah jadi pendengar dan pemberi pendapat aje.

    ReplyDelete
  4. dulu..masa form 6.. suka lepak kat bilik kaunseling... berbual ngan kaunselor.. mcm2 nasihat dia bg..
    wlpun kita ni bukan pelajar bermasalah..

    terpulang pada kaunselor tu.. ada yg baik sikapnya.. benar2 membantu.. benar2 simpan rahsia pelajar..benar2 membantu..

    ada juga kaunselor..yg xleh pakai lgsung.. kiranya xlayak jd kaunselor.. haa.. kaunseelor yg camnie laa leh memburukkan nama kaunselor yg lain.. huhu

    ReplyDelete
  5. Kadang2 kita perlu kaunselor untuk berkongsi dan berbincang xsemestinya kita bermasalah..member qema laki bini kaunselor, kadang2 bila col panjang lebar bercerita & berkongsi pendapat, mmg layak dia jadi kaunselor pun:)

    ReplyDelete
  6. Cheqna, org2 mcm nie seeloknye jgn disuruh jumpe pakar psikologi atau kaunselor. Tapi suh je diorang jumpe pakar psikiatri. Hahahah! Degil sgt!

    ReplyDelete
  7. baru la sy tau apa kerja cheqna...hihi

    jgn pandang rendah dgn kerja org lain,setiap org ada tugas n tgg jawab masing2..

    ReplyDelete
  8. salam
    yg pasti,kaunselor adalah seorang pendengar yg baik..:)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~