Feb 2, 2012

~ cheqna jenis tak kisah..no hal la..~

assalamualaikum
berkaitan entri yang ini meh cheqna citer...
tengok anak panah tu...kak kamsiah yang memberi komen..ape komennya??klik untuk melihat apa komen yang diberi..hehehehe
ok..cheqna akui..incik tunang pun macam lelaki lain..suka kalau bercakap bab kahwin lebih ni...biasa r..alasan ikut sunnah nabi..itu biasa la kan...bagi cheqna normal la lelaki berbicara hal ni...percaya atau tidak...100% lelaki memang suka berbicara bab2 nikah lebih dari satu ni..100% memang ada niat untuk beristeri lebih dari 1 tapi dalam 100% tu mungkin hanya 10% sahaja yang berani dan berjaya mencapai angan2nya....betul tak???betul kan??arghh..kalau salah pun ghasak..hahahaha..kebenarannya hanya lelaki je yang tahu...
incik tunang pun tak terkecuali...sehinggakan ada suatu hari..cheqna berbicara secara serius dengan incik tunang bab ni..cheqna tanya betul ke incik tunang nak kahwin lebih dari satu...dan cheqna mintak incik tunang jawab secara serius la bukan main2...almaklumlah kami kan giler2...dan jawabnya incik tunang
"ingat senang ke nak tanggung 2 dosa??tak termasuk dosa sendiri lagi...ingat senang ke nak berlaku adil??cakap bab kahwin lebih dari 1 memang semua lelaki suka...tapi bila memikirkan tanggungjawab..abang kena fikir banyak kali.."
cheqna pun jawab balik...sebab kata2 tu merupakan satu doa...abang duk sebut sokmo2 nok nikah 2..kan Allah makbulkan doa bang tu..
alhamdulillah..lepas pada tu...isu kahwin dua ni bukan lagi jadi point utama kami...kalau dulu sokmo2 la...cheqna ada gak tanya nape dah tak cakap bab kahwin2 dua ni..incik tunang jawab dia just nak fokus pada cheqna je..cheqna ni pun dia tak tahu mampu ke tidak dia bimbing cheqna menuju jalan yang diredhai Allah...bukan senang nak tanggung seorang isteri menuju jalan yang benar2 diredhai Allah....sebab tu incik tunang dah kurang cakap bab2 kahwin dua..kadang cheqna yang suka usik...saje...hehehe
cheqna jenis no hal...cheqna bukan jenis pompuan yang bila kekasih/tunang tengok pompuan lain tak boleh..mulala nak gaduh..nak merajuk...bila kekasih/tunang cakap bab kahwin lebih mula la nak memberontak...nak marah2..cheqna bukan macam tu...bagi cheqna yang penting kita kenal dan tahu camana pasangan kita....yup..skang ni memang cheqna lum tahu 100% peel perangai incik tunang sebab bukan 24 jam kami bersama...bila dah sah nanti insyaallah..lagi la kami memahami....yang penting..KEPERCAYAAN.. tanpa kepercayaaan terhadap pasangan...ermmm agak susah sket la...dan jangan sesekali khianati kepercayaan yang diberikan oleh pasangan...sekali dikhianati..sendiri tanggung la....
mesti ada yang kata...cheqna cakap sedap..dah kahwin baru tahu langit tinggi rendah..terpulang...yang penting cheqna tahu dan kenal incik tunang...susah senang kami bersama..kami pernah diuji sangat teruk...tapi tak perlulah cheqna share kat sini...sebab kalau anda semua tahu..mesti anda semua tak kan percaya..hehe.. bagi cheqna..dugaan dan ujian yang Allah turunkan pada kami sebenarnya mematangkan kami..incik tunang pernah kata " kuat dugaan Allah bagi pada kita..alhamdulillah...kita berjaya harunginya...insyaallah..bila dah berumahtangga nanti..kita pasti akan dapat hadapi dugaan yang Allah bagi pada kita nanti sekuat mana pun dugaan tu..kalau kita hadapinya bersama..insyaallah..."
yang penting...masa berkasih..masa bertunang...adalah masa untuk kita mengenali dan memahami pasangan kita...bila dah kahwin..lagi banyak yang akan kita pelajari dan tahu pasal pasangan kita....insyaallah..moga kebahagiaan menjadi milik kita semua....

24 comments:

  1. memula mmg agak naik angin jugak bila hubby bercerita pasal kawen lain...tapi bila dah memahami perangainya...redha jela sebab dia mmg suke bgurau...begurau boleh...buat jangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu cheqna kata...kita kena kenal pasangan kita kan...bila kita tahu hubby jenis suka bergurau..jadi kita pun layankan je gurauannya tu kan kan kan??insyaallah...takkan dibuatnya...=)

      Delete
  2. Akak pernah sakit dan akak pernah bagi izin pada suami kerana tak nak berdosa tak dapat melayan dia sebaik2nya. Tapi dia tak nak pun. Sebab baginya, lagi byk masalah akan timbul nanti. Arwah abah akak kahwin dua, dik. Dan masalah yang ditanggung kami sampai sekarang tak selesai walaupun abah dah tak de. Sangat perit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah untuk kak sekuarga...aminn

      Delete
    2. cik ina pun sama tak kisah kalau suami nak pandang-pandang perempuan lain, sebab cik ina pun kadang-kadang toleh 10 kali kalau nampak lelaki encem.larikkkkkkkkkkk

      Delete
    3. hahahaha..ngokngek la cik ina ni
      hahahahahaha

      Delete
  3. salam cheqna,

    biasanya llaki yg brani ckp open psl tu jrng buat sbnarnya. biasanya yg jnis diam2 pijak smut t.mati tu lah tup2 pcah rahsia dh kahwin lg 1, kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqna setuju 100% tanpa bangkakan yang arif ekekeke..betul betul..biasa lelaki yang jenis diam makan dalam ni..hehehehe nampak senyap je...sedo2 2,3 isteri...hehehehe mau terbako lelaki yang baca ni =)

      Delete
  4. memang lumrah jika suami/isteri pandang lelaki/ perempuan lain. kalau taknak bg tengok jalan tutup mata.. :P

    Kak ida yang dah kawen ni pun gitu, ayat paling lucu

    "Dah orang tunjuk tengok je la" "Kalau tiang lampu pakai skirt pun tetap saya tengok sebab dah ada depan matakan?"

    Bab kawen lebih dari satu ni sukar kita nak jawab. Cuma kita berdoa agar perkara begitu tidak mungkin dan langsung tidak akan berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. incik tunang pun always jawab macam tu..hahahaha
      betul kak..kita ni manusia hanya mampu merancang..Allah jugak yang maha berkuasa menentukannya ..

      Delete
  5. Replies
    1. setakat ni bagus lagi hehehehe
      masa depan tak tahu lagi ni...tapi sering berdoa moga cheqna bagus sokmo2 lah =)

      Delete
  6. harap2 cheqna sorang jela teman dia dunia akhirat..klu dhati kita xkisah pon..tapi makan dlm juga kdg2 tu..apepon..biar la kita selamanya dgn dia sorang je..aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin....harapnya macam tu la..moga Allah kan memberkati =)

      Delete
  7. masih terlalu awal utk diperkatakan jika masih belum berumahtangga. dugaan dan ujian Allah tu datang dlm bermacam2 cara. mintak dihindarkan dari itu semua. yang pastinya, siapa yg melalui shj yg mengetahui betapa peritnya. so pd yg belum melalui, berhati2.sedangkan pantai berubah,inikan pula manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul..insyaallah....kita berdoa yang baik2 saja...=)

      Delete
  8. soalan serius:

    -andaikata lepas kahwin nanti, betul betul suami cheqna minta izin(bukan senyap2) nak kahwin lagi, bagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aci ork lepas kahwin baru jawab??sbb skang dok kahwon lagi kan...hahahahahaha
      tapi andainya sudah tertulis nasibku begitu.. kena pujuk diri untuk menerima qada dan qadar dari Allah..moga Allah bagi kekuatan kepada cheqna la untuk terima...
      tapi harap2 dok akan jadi la...ngeeeeee

      Delete
  9. Cheqna tahu apa abang kata kalau kakak kata ada kawan dia yg kawen 2. Dia kata bimbing isteri still ok lagi kerana dia pasti cari isteri yg solehah, tapi nak bimbing anak tak pasal-pasal kelak nak meniti titian as-sirot tetiba kena tarik dek tak dapat membimbing semua anak-anak hasil 2 bini katakan...

    ReplyDelete
  10. kakzakie
    kalaula semua lelaki berfikiran sebegitu...=)

    ReplyDelete
  11. Bukan senang. Dan bukan nafsu semata. Kita kata tak nak tp klu terjadi?

    Sy tak nak ckp lebih hal nie.....tak berani sy.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy..kita doa yang baik2 ye =)
      kita manusia ni hanya mampu merancang...tapi kena ingat Allah jua yang menentukan segala galanya..ALlah tahu yang terbaik buat kita kan??
      insyaallah...doakan yang baik2 untuk kehidupan kita =)

      Delete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~