Feb 1, 2012

~ anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab ~

assalamualaikum
pernah baca buku ni??
cheqna ada beli buku ni....alhamdulillah...ada la ilmu yang diperoleh..ni cheqna nak share salah satu soalan yang ditanya dan dijawab oleh UAI ni...
muka surat 77..soalan berbunyi begini 
" Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah..saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumahtangga yang bahagia dan diberkati?"
dan jawapan yang diberikan UAI adalah seperti berikut 
1. isteri yg sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya sptmana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri
2. isteri yg sentiasa menjaga aurat drpd pandangan yg bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri..tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami
3. isteri sedia menjadikan suami sbgai ketua dalam rumahtangga mereka. ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki
4. isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama
5. isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yg sepenuhnya shingga membuatkan suami berasakan rumahtangganya adalah tempat utk mndapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja
6. isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya.  begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
7. isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan
8. isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya
9. isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan dari Allah..sedia melaksanakan tugas dan  tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar
10. berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap
11. isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan
12. isteri yang sentiasa menghias diri apabila dihadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami
13. isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri
14. isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya
15. isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman seaktu suami pulang
itulah jawapan yang diberikan..alhamdulillah...salah satu ilmu yang boleh cheqna praktikkan tatkala sah bergelar isteri nanti...insyaallah.....

34 comments:

  1. pernah dah beli tahun lepas masa baru kuar..mudoh faham penerangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...sangat mudah dan senang untuk kita faham =)

      Delete
  2. Itu dia cheqna... senang dan mudah aje kan nak jadi isteri yg solehah dan diredhai Allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah...sebenarnya senang dan mudah..tapi biasalah kita ni manusia..kadang2 suka buat susah pada perkara yang senang =)

      Delete
  3. assalammualaikum,

    bguslah baca dan praktikan ke dlm kehidupan..agak2 bila nk bgelar isteri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah akan dipraktikkan..
      nanti cheqna jemput ye =)

      Delete
  4. no 10 tu....payah sikit sebab masing2 sibuk nak bercakap...hehe

    insyaAllah cheqna =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqna suka gak bercakap..tapi bila dah ada incik tunang ni..cheqna cuba praktikkan..bila incik tunang bercakap..cheqna diam..dan begitulah sebaliknya =)

      Delete
  5. Sallam,

    Terima kasih atas perkongsian ini,
    Saya suka tengok vc soaljawabnya
    dalam youtube,
    jawapannya tegas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      sama2...
      alhamdulillah...suka sebab senang dan mudah untuk difahami..=)

      Delete
  6. semoga acu mampu menjadi isteri solehah seperti yg tertulis kat atas tu :)

    ReplyDelete
  7. Qema cari gak buku ni tapi tak jumpa, hari tu nak order stok pula habis, moga kita semua dapat jadi isteri yang solehah, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqna cari kat giant kuala trg baru ni..mujur ada lagi..=)

      Delete
  8. kalo sama2 pg keje..tempat sama...camne nak tgu depan pintu ek...ehehehhee

    thanks perkongsian ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita badi tunggu muka pitu kete aci ork??
      hahahaha

      Delete
  9. blom baca lagi.....cam best jew tajuk dia....huhuhu....tunggu demam voucher reda duluk, baru nak lepak kedai buku semula...

    ReplyDelete
  10. mekasih cheqna.. sudi kongsi info pada sy yg belum ada buku itu..

    ReplyDelete
  11. thanks Cheqna kongsi buku ni..saya nak beli lah, bagi wife saya....ekekekeke

    ReplyDelete
  12. Salam Cheqna,

    Kak Ros tak pernah lagi baca buku tu,tapi kak Ros selalu jugak dok dengar soal jawab ustaz ni kat dalam Youtube...

    baik sungguh jawapan dia untuk kita semua jadikan pedoman hidup....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam kak ros
      senang dan mudah difahami sebenarnya penerangan dari UAI ni...

      Delete
  13. hok no 15 tu selalu gok praktis masa mula2 kawen dulu.. bila ader anok kecik ni terus rasa dok dang nok wat.. haha. pasni kena praktis balik la gamoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene kene
      pektis mula..kekgi wase pe baru nikoh je ork??
      hehehe

      Delete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~