Jan 25, 2012

~ ukur baju dibadan sendiri ~

assalamualaikum
berbicara mengenai persiapan perkahwinan cheqna..

sebenarnya kan..cheqna punyai impian dan harapan yang sangat..sangat...erm..cheqna tak tahu nak describe camana...tapi cheqna tahu apa yang cheqna nak...cheqna nak majlis perkahwinan cheqna tu sesimple yang mungkin...tak mau yang gilang gemilang sangat..cukuplah yang wajib itu selesai..
cheqna bukan jenis orang yang suka nyoho..nyoho tu maknanya macam riak..bangga..takbur..menunjuk nunjuk..nope..cheqna bukan orang macam tu..
berbicara mengenai pelamin..cheqna ngan incik tunang serta keluarga memang nak yang simple je..jadinya kami pilih pelamin yang simple je....tapi kami suka....lagipun cheqna tak sanding..tak de nye panel 4 ke..6 panel ke...tak de..memang simple sesimplenya but nice..bagi cheqna n incik tunang serta kuarga la...tapi...belum pape..dah ada suara2 berbunyi "aik..pegawai punya pelamin cam gitu je???tak padan langsung ngan gaji pegawai"
cheqna senyum je dengo...
bab kad kahwin...
cheqna n incik tunang serta family kami masing2 nak yang biasa2 je....bagi kami tak perlu membazir sampai rm 2,rm3 sekeping untuk kad kahwin..sebab sudahnya kad itu didalam tong sampah jugak...bagi cheqna cukuplah yang cantik tapi simple dan murah...pun suara2 sama kedengaran..."kad pegawai..mesti mahal..baru padan ngan title pegawai..."
pun cheqna senyum je dengo....bagi cheqna senang je...cheqna akan buat ikut keselesaan cheqna dan keluarga...pandangan dan pendapat orang tentang majlis cheqna yang grand...barang2 hantaran mahal2...hantaran branded2..atau apa saja..cheqna tak amik pot...bagi cheqna...cheqna tak akan berhabis masa majlis tu....memang betul..kahwin ni semua orang nak meriah..sebab sekali seumur hidup...tapi bagi cheqna kehidupan lepas kahwin yang perlu cheqna titikberatkan...tak perlu nak berhabis masa majlis...adalah lebih baik duit itu kami gunakan untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri..nak beli katil..tv...masin basuh...peti sejuk...bak kata incik tunang...berhabis masa majlis pastu sudah majlis tidur atas lantai sebab tak mampu nak beli katil/ tilam....incik tunang tak nak macam tu...sekalipun ada duit..bagi incik tunang better simpan demi kehidupan mendatang....banyak lagi nak pakai duit lepas tu....
adakah kebahagiaan pasangan suami isteri yang baru kahwin itu diukur dari segi grandnya majlis mereka???brandednya barang hantaran mereka???banyaknya duit hantaran yang diberi oleh pihak suami???atau betapa mahalnya kad undangan yang diberikan???itukah yang jadi ukuran????tidak bukan????
jadinya...cheqna tidak akan membazir pada perkara2 yang tidak sepatutnya...memang perkahwinan itu merupakan momen yang indah buat pasangan pengantin...terpulang...bagi cheqna...simple but nice..dan paling penting majlis cheqna nanti mendapat keberkatan dari Allah SWT...
jadi...tak perlu mengharap majlis yang grand dilang gemilang..barang hantaran yang branded...wang hantaran berpuluh2 ribu hanya kerana cheqna seorang pegawai....tak de plak dalam GO yang menyatakan seorang pegawai perlu berhabis sebanyak mungkin untuk majlis perkahwinannya.....
peaceeeeeee 

20 comments:

  1. setuju tu cheqna....yang penting kita suke ...orang lain nak cakap ape abaikan je ..bukan duit diorang duit cheqna... :))))

    ReplyDelete
  2. betullah apa yang cheqna fikir dan rancangkan tu. Tak peru grand2, dan peduli apa orang nak kata.

    Akak kahwin dulu pun, gubahan hantaran semua buat sendiri, kad kahwin pun aka design dan print sendiri aje, yang mana untuk orang kampung tak cukup photostat aje...hihi.

    Memang serba sederhana, tapi alhamdulillah sekarang kami bahagia, semua yang kami mahu ada.

    ReplyDelete
  3. Bersederhana itu sangat baik.. yang penting lepas kawen kan..

    Semoga dipermudahkan dengan apa yang dirancang. InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Mama suka dengan catatan Cheqna ini. Mama sedang 'pening kepala dan perut' memikirkan majlis Along nanti. 'Sebelah sana' nampaknya mahukan majlis yang gah! :(

    ReplyDelete
  5. baguihler.. ituler yang sepatutnya... yang penting jangan ada berhutang berbaris... yang penting akadnyerkan...

    ReplyDelete
  6. betul tu cheq na.. yang penting lepas majlis perkahwinan.. banyak duit nak pakai.. nak bina 1 keluarga yang baru.. buat yang wajib dan berpatutan saje.. =)

    ReplyDelete
  7. betul2..org pun kalau blh nak buat semua sesimple2 nye,,,,,,

    ReplyDelete
  8. biar simple..tapi meriah dgn ramai tetamu, cukup makan seme bagai...kan cheqna...dan yg suka, tetamu kenyang perut senang hati jer

    ReplyDelete
  9. Betul tue cheqna , bersederhana itu lebih baik..

    ReplyDelete
  10. betoi3... beserdehana dalam semua hal kan.. ^___^

    ReplyDelete
  11. jgn membazir pd pkara yg tak perlu..elokle guna yg murah aje.kehidupan lepas kawin tu lebih bnyk perlukan duit..

    ReplyDelete
  12. tul..sederhana tapi meriah..tahniah dah nak kahwin dah..huhu

    ReplyDelete
  13. Kakak sokong 100%. Buat sesederhana yg boleh. Simpan duit utk masa depan. Ikut kemampuan. Yg penting kehidupan lebih baik selepas menikah...

    ReplyDelete
  14. betul.. setuju sesangat, yang penting lepaskan yang wajib dulu... x perlu majlis grand2, kesudahannya hutang keliling pinggang kan... simpan duit untuk kegunaan lepas kahwin yerk cheqna, majlis adalah untuk meraikan dan bagitau orang lain yang kia dah kahwin.. itu jerk kan...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah cheqna!
    kalu cheqna dengar cheqna senyum ehh hehe baik hati cheqna...kalu dulu saya la dengo org dok tanya direct kat saya suh jek dia sponsor..akekekkee kadang2 geram banyak sangat bunyi...haku yg nak kawin bukan engko...ha gituw..akkekkekeke

    ReplyDelete
  16. Baguslah....kedua-dua pihak telah bersetuju begitu.

    Jangan lupa kad jemputan tu

    ReplyDelete
  17. hana kad kawen, banner semua di sponsor kawan sekolah..ehehehe..jimat...alhamdulillah

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~