Jan 8, 2012

~ mengharap balasan untuk segala perkara / perbuatan yang kita lakukan??~

assalamualaikum
cheqna jugak manusia biasa...pernah terdetik dihati untuk mendapat balasan dari apa perbuatan yang pernah cheqna lakukan...cheqna bukan malaikat...bukan nabi...tipu r kalau cheqna kata sikitpun cheqna tak pernah terdetik perasaan itu.....tapi..sikit demi sikit cheqna cuba ubah perasaan itu....cheqna tanamkan dalam diri..segala yang cheqna buat..hanya kerana Allah Taala..
selepas peristiwa buruk berlaku dalam hidup cheqna...cheqna mula mengubah apa2 yang patut diubah...cheqna cuba baiki diri...perbetulkan mana2 kesilapan..kadang2 bila cheqna fikir balik...cheqna sangat2 bersyukur bila Allah turunkan ujianNYA pada cheqna...alhamdulillah...memang masa diuji tu sakit hanya DIA Maha Mengetahui...tapi tanpa cheqna sedar...ada hikmah yang tersembunyi....dan cheqna mula menyedarinya...bersyukur sangat..sebab dapat merasakan kasih sayang Allah bila diuji....
memang..sebagai manusia biasa..kadang2 kita tak nampak hikmah disebalik semua ujian dariNYA...kita seringkali menyalahkan takdir untuk setiap apa yang berlaku...jangan begitu...ermm...cheqna bercakap berdasarkan pengalaman..bukan hanya melalui pembacaan mahupun pengalaman orang lain...tak kira la pengalaman klien ke..or pengalaman kawan2..senang untuk berbicara kan???yang menghadapi je tahu betapa peritnya apa yang ditanggung...terpulang kepada pemikiran masing2...yang pasti cheqna pernah diuji..mungkin tak ramai yang tahu dan dapat kesan cheqna teruk diuji...sebab cheqna selalu happy =)..tak pernah nak tunjukkan pada semua orang bahawasanya pada tika dan saat itu cheqna sedang dilanda musibah yang besar...=) almaklumlah cheqna kan jenis giler2....=) segala duka ku tanggung sendiri..
cuba tanya pada diri sendiri???ikhlaskah kita dalam membuat sesuatu??means..setiap pertolongan yang kita hulurkan...adakah kita tak mengharapkan pape balasan ataupun kita mengharapkan sesuatu pada setiap perbuatan yang kita lakukan selain mendapat keredhaan..keberkatan dari Allah SWT? cheqna bukan nak bagitahu cheqna baik...bukan...cuma cheqna nak kongsikan apa yang cheqna rasa...sebenarnya kan..kalau kita berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan dari orang yang kita bantu mahupun orang yang kita tolong..kita sendiri akan rasa lega..rasa tak terbeban dan tak akan menyerabutkan pemikiran kita dengan hal2 yang tak patutnya kita fikir...sebagai contoh..kita berbuat baik kepada seorang lelaki mahupun wanita dengan mengharapkan dia akan rasa terhutang budi dengan kita..dengan rasa terhutang budi itulah..wanita/lelaki itu akan rasa serba salah...apatah lagi kita yang menolong ni memang ada sebab...sebabnya nak suh wanita/lelaki itu menerima cinta dari kita...jadi..kalau kita always tolong...mesti lelaki/wanita tu akan rasa segan kan??? kalau cheqna sekalipun..bila ada lelaki yang layan cheqna sebaik itu dengan niat mengharapkan balasan cinta dari cheqna..mesti cheqna akan rasa serba salah..kesian...tapi kita ada hak untuk menolak kan???cakap terus terang...bagitahu apa sebenarnya yang kita rasa...dan rasanya kalau dah tahu orang tu ada niat tak baik...baik jangan terima pertolongan itu...=)
dan bagi cheqna...kalau cheqna menolong seseorang....demi Allah..cheqna tak mengharapkan pape balasan..sebab cheqna ikhlas...ikhlas sebenarnya tak boleh diukur kan??cukuplah hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu...jangan diungkit lagi segala perkara yang telah kita bantu...ayat2 seperti :
" eh dia ni..aku dah tolong..tak reti2 nak ucap terima kasih"
" ingat sket..aku dah banyak tolong kau..jadi reti2 la ye"
" kalau bukan kerana aku yang banyak tolong kau...kau tak kan dapat hidup lah"
dan banyak lagilah..karang kalau cheqna taip semua..tak dapat cheqna nak tengok bola pulak =)
lagi sadis kalau kita terpaksa menerima seseorang dalam hidup hanya kerana terlalu banyak terhutang budi...pendek kata menerima seseorang sebagai isteri/suami hanya kerana simpati..hanya kerana kesian..alahai..
err...ada kaitan ke isi n3 dengan tajuk n3??ghasak...yang penting anda semua faham apa yang cuba cheqna sampaikan..hehehehehe....
pepun...ikhlas itu penting dalam melaksanakan segalanya...jangan mengharapkan pape balasan..sebabnya kalau kita terlalu mengharapkan balasan..kita jugak yang sakit kepala bila balasan yang kita harapkan tak menjadi kenyataan....jadi....ikhlaskan hatimu ok...
peaceee...daaa....nak g layan bola.....
jumpa lagi =)

8 comments:

  1. payah nak ajar hati jadi ikhlas dlm semua hal, terutamanya dlm menerima takdir...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ..
    Betul cheqna...Hati kena Ikhlas apb menghulurkan bantuan..
    tanpa meminta apa-apa balasan..
    Hanya kepada Allah kita berserah.. Dia mengatur perjlnan hidup..
    moga Dia mempermudahkan urusan..Amin

    ReplyDelete
  3. Jgn harapkan pertolongan atau orang yg kita tolong mengenang jasa kita...kita rasa kecewa.Bila tolong niat sebagai sedekah dan semoga anak cucu kita akan ditolong orang lain masa mereka susah.
    kalau kita rasa stress tolong orang lain akan kurangkan stress kita walaupun kecil saja pertolongan kita...
    Semoga chegna diberkati dan dirahmati selalu.

    ReplyDelete
  4. tang dugaan tu...sangat2 benar tu cheqna..setiap kesilapan dan dugaan yg datang utuk kite jadi lebih baik dan utuk kite pelajari...semua kerosakkan datangnya dr tangan manusia...so manusia yg perlu baiki.. :)

    tang ikhlas tu...owhhh tambah2 ada kena mengena dengan hal2 saudara mara...ermmm org melayu selalu ada perasaan begitu...cuba tengok org cina...mana ada dia kesian2 dlm biz...betul tu cheqna tolong jek dengan ikhlas tak payah pikir lain...

    ReplyDelete
  5. setuju... tolong jgn mengharapkan balasan... kalau tidak kita akan terasa hati dgn banyak org.... buat kerana ikhlas....

    ReplyDelete
  6. ikhlas dalam perbuatan..=)

    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  7. ikhlas dalam perbuatan..=)

    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  8. ikhlas dalam perbuatan..=)

    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~