Jan 12, 2012

~ apa yang cheqna rasa..~

assalamualaikum
alhamdulillah....segala yang dirancang berjalan dengan baik...cheqna dan incik tunang dah buat persiapan sikit demi sedikit...nanti tak la kelam kabut sangat..bila tarikhnya??nanti cheqna hebahkan..perghh bajet macam retiss ni...hahahaha...nanti la..lepas kad siap cheqna tepek kat sini ye..senang untuk anda semua hadirkan diri =)
ekceli...macam2 rasa ada skang ni...tapi kena bijak kuasai rasa tu la..kalau cheqna biarkan rasa tu kuasai cheqna...hurmmm habislah...
alhamdulillah...perasaan itu masih sama...malah makin kuat....cheqna selalu berdoa pada Allah supaya tidak membolak balikkan perasaan cheqna ni...insyaallah...moga perasaan yang cheqna rasa terhadap incik tunang yang bakal menjadi suami cheqna nanti akan kekal buat selamanya dengan izin Allah SWT. insyaallah..
yup..betul tu...cheqna ngan incik tunang ada perbezaannya...dan cheqna rasa perbezaan inilah yang menjadikan kita makin mengenali satu sama lain...memang menjadi harapan kita untuk mendapatkan suami yang sangat baik...yang boleh jadi pemimpin kita..anak2 kita...tapi dalam masa yang sama kita kena tengok diri kita gak..cheqna selalu berusaha memperbaiki mana2 kekurangan diri cheqna...sebagai contoh..bab2 masak cheqna bukanlah master..tapi cheqna cuba belajar la...kan ke memang kita ni patut berubah ke arah kebaikan dari sehari ke sehari kan kan kan???dan itulah yang cheqna sedang cuba...bak kata incik tunang..belajar ni tak pernah habis...bukan just belajar di sekolah saja...di U sahaja...malah apa yang kita lalui dalam kehidupan pun dinamakan proses belajar..
secara jujurnya...cheqna tak mengharapkan majlis perkahwinan yang besar2..yang gah...yang gemilang..tak mengharapkan wang hantaran berpuluh2 ribu..barang2 hantaran yang branded...tak...cheqna tak mengharapkan tu semua...cheqna just mengharapkan perkahwinan yang bakal cheqna dirikan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT..itu yang penting bagi cheqna...cheqna tak kira apa orang nak kata...biasalah..adat dunia kan...bila g majlis kahwin pasti kata2 sebegini akan kedengaran :
"berapa hantaran??"
"banyak tu je??kan ke yang pompuan tu keje beso...pegawai??takkan suami dia bagi banyak tu je"
"ni je majlis yang pompuan ni buat??duit banyak tapi majlis ciput"
"uishh..mahalnya hantaran dia...jual anak ke???"
"uishh..membazir je wat majlis besar2 macam gini" 
jadi..cheqna wat secara sederhana sahaja..bukan salam kaut tapi kenduri kesyukuran..takpelah...nak puaskan hati semua orang memang tak dapatla kan...yang penting doa dari semua orang yang cheqna harapkan...keberkatan dari Allah SWT cheqna pohonkan moga ikatan yang baru cheqna wujudkan ini akan kekal bahagia buat selamanya..hingga hujung nyawa kami berdua... 
bagi cheqna tak perlula nak berhabis sehabisnya masa kenduri..apa yang penting..kehidupan selepas kahwin...nak mulakan kehidupan selepas kahwin lagi la perlukan duit kan...ni pandangan cheqna la..kalau yang dah memang banyak duit memang no hal...jadi..adalah lebih baik cheqna menggunakan duit yang ada untuk memulakan kehidupan sebaik sah bergelar suami isteri.. 
apa yang cheqna rasa skang??kengkadang tak rasa pape lagi...hahahaha....banyak sangat kena fikir....takpe..moga Allah mempermudahkan segalanya....insyaallah... 

24 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan cheqna..insyaallah nak gi kenduri cheqna kalo dijemput..ehehehe dan kalo ada kelapangan time tu...nok kenal dgn cheqna







    'rendah mas kawin, lagi berkat..'

    ReplyDelete
  2. betul tu.majlis kahwin ni di mata orang ada je tak kena.buat biar sederhana.orang nak mengata sekejap je....yang penting kehidupan kita selepas tu kan

    ReplyDelete
  3. Jangan fikir too much, cheqna.. InsyaAllah, kita usaha Dan doa, selebihnya Tuhan yg decide.. Hana setuju bab kesederhanaan tu.. Cukuplah sekadar meraikan dan tidak berlebihan...Amin..

    ReplyDelete
  4. masa majlis saya dulu pun antara yang paling simple gak....

    ReplyDelete
  5. Kursus kawen dah gi ke blom?

    Along pun baru pergi kursus minggu lepas.

    Bagi mama, yang penting adalah pengemudian bahtera kehidupan selepas menikah. Bukan majlis yang hendak kita megah2kan. Doa mama buat chegna dan tunanganmu, semoga segalanya bermula, berjalan dan berakhir dengan yang baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  6. bila makin dekat harinya
    makin berdebar2 dan bercelaru
    takpe itu semua perkara biasa
    masak2 lepas kahwin nanti
    mesti jadi pro sbb dah msk hari2 :)

    ReplyDelete
  7. yg penting sederhana n meriah...coz perkahwinan cheqna mmg ramai yg nantikan, betul tak cheqna? heeee~

    apa pun, saya doakan Cheqna n Incik Tunang bahagia selamanya...

    pst: harap dpt gi tgk Cheqna Sanding...heeee~

    ReplyDelete
  8. tak pelu lah kan buat gilang-gemilang dan besar2an sampai pokai kekdahnya...
    buat yg termampu - yg wajib tu - akad nikahnya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  9. ~asha~
    terima kasih kak
    insyaallah cheqna akan jemput

    ReplyDelete
  10. mmoon
    kalau nak ikutkan apa yang orang kata memang tak dapat la nak puaskan hati semua orang

    ReplyDelete
  11. eelobor
    simple tapi meriah..itu yang cheqna inginkan =)
    dapat keberkatan dari Allah yang paling penting

    ReplyDelete
  12. mama
    dah pergi dah...hujung tahun 2008
    insyaallah..itu jugak yang cheqna harapkan

    ReplyDelete
  13. Semoga perancangan dipermudahkan dan diberkati illahi. Amin.

    http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/01/setiap-pagi-dia-ngorat-saya.html

    ReplyDelete
  14. waa..cheqna dah nak kawenn.. =)

    sokak.. =)

    jgn biarkan rasa tu mengganggu keputusan kita... biar akal yang berfikir

    ReplyDelete
  15. kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.. biarlah kita buat ikut kemampuan.. asalkan kita puas hati dan gembira serta tidak dibelenggu dengan hutang piutang..

    ReplyDelete
  16. betul tu cheqna.. sokong sumer yg cheqna tulis tuh.. yg penting memdapat keberkatan dari Allah & semoga masjid yg terbina tu kekal bahagia hingga ke syurga.. semoga Allag permudahkan segala urusan cheqna.. amin..

    ReplyDelete
  17. ikut apa yang cheqna rasa baik... biar sederhana majlisnya dan tak membebankan kedua2 pihak...

    ReplyDelete
  18. salam ziarah..
    dan nak tumpang komen jugak hehe..
    maklong pun buat kenduri kawin ank simpel2 je.. hantaran pun maklong tak mintak.. maklong cuma mintak jangan miss hantaran setiap bulan bila selepas kawin.. nafkah lah maksudnya..

    semuga dipermudahkan segala urusan cheqna..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah...
    semoga Allah permudahkan urusan yg dirancang...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~