Oct 19, 2011

~ kenapa wanita macam tu??~

assalamualaikum
ingat lagi n3 last pasal tasik kenyir??kan ke cheqna dah bagitahu...ada citer besh masa peserta berhenti kat Pulau Herba...nila citernya...
kami kan naik 3 bot...so bot cheqna sampai dulu...cheqna malas nak naik ke pulau herba tu...so cheqna duk kat wakaf yang disediakan....sehinggalah lagi 2 bot sampai..ada 6 orang termasuk cheqna yang tak naik ke pulau herba tu...3 lelaki dan 3 wanita...driver bot ada dalam bot...
sedang duk relak2..ada seorang peserta lelaki bertanya
"cikna...tanya sket..kenapa orang perempuan suka tanya soalan yang kadang2 bagi lelaki macam remeh je..contoh isteri saya selalu tanya..sayang saya dop?? kalaula lelaki dok sayang..takkan kami kahwin..kami berusaha untuk menjadi yang terbaik..membina sebuah keluarga yang bahagia.."
bila selesai dia bertanya...cheqna senyum...dan cheqna jawab la...tapi kat sini cheqna cuma hurai je la apa yang cheqna jawab ye..malas nak wat cam dialog tu..
sebenarnya...wanita...perempuan...gadis...punyai sekeping hati yang sangat rapuh,...mudah fragile...tak kira la sekuat mana pun dia...sebrutal mana pun dia...tetap akan punyai sekeping hati yang sangat2 mudah untuk terusik...
perempuan..wanita..suka menunjukkan apa yang dia rasa melalui perkataan..berbeza dengan lelaki yang lebih suka menunjukkan apa yang dia rasa melalui perbuatan...setuju dengan statement cheqna??ada ketikanya wanita tahu yang pasangan mereka sayang..cintakan mereka..tapi wanita sesekali suka untuk mendengar pengakuan ikhlas dari pasangan mereka..maksudnya...nak dengar sendiri dari mulut kekasih..tunang mahupun suami...memangla sikap caring...sikap romantik..penyayang tu dah menunjukkan bahawa lelaki itu menyayangi mencintai mengasihi pasangannya tetapi wanita lebih suka pabila sesekali lelaki meluahkannya....fahamilah wanita...
wanita akan rasa sangat dihargai bila pasangan sesekali meluahkan apa yang lelaki rasa...kadang2 melalui perbuatan pun susah untuk kita duga..kita 'telah' apa yang pasangan kita rasa kan...kan ditafsir secara songsang lain jadinya...bagi pasangan kawan...ada ketikanya lelaki suka amik berat kan...bagi lelaki itu mungkin no big deal sebab tak salah amik berat terhadap seorang kawan walaupun berlainan jantina..tetapi mungkin tafsiran kawan wanita tu berbeza..mungkin menganggap lelaki itu menyukainya...see...kan dah berbeza tafsiran disitu...jangan kata perempuan mudah perasan ye...kadang kadang sikap caring yang ditunjukkan lelaki berlebihan...seolah2 nak bagi hint bahawa lelaki tu suka kat wanita tu...jadi kat sini..luahkan apa yang di rasa tu penting...biar semuanya jelas dan terang....senang..
kalau isteri membebel..sambil2 buat kerja...like basuh pinggan ke...menyapu ke..mulut memang tak berhenti membebel..sampai ada ketikanya air mata keluar...sang suami tak perlu cakap banyak...ada ketikanya tak perlu pun keluar dari rumah tanda protes bosan dengar isteri membebel...just sang suami g peluk isteri dari belakang je...percayalah..mesti isteri terdiam...tak pun..isteri akan menangis lagi kuat..sebabnya..time tu isteri hanya perlukan sokongan je...terutamanya sokongan dari segi emosi..kalau suami keluar or bersuara marah..haru jadinya...jadi...bila isteri berkeadaan macam tu...just peluk je dari belakang..insyaallah akan ok... tapi kena ingat..tak semua orang suka cara sebegini...isteri dan suami mesti tahu dan faham keadaan pasangan masing2 kan??
bagi yang dah kahwin..sesekali ucapkanlah.."abang sayang ayang" abang cintakan ayang"..mungkin pada pandangan lelaki mende2 macam ni remeh....kalau tak sayang..tak cinta buat apa kahwin kan??betul..tapi betul bagi pandangan lelaki...tapi bagi wanita..sesekali lafazkan...agar perasaan itu sentiasa mekar di hati masing2..biar isteri tahu betapa dirinya dihargai...mungkin ada isteri yang tak kisah..tapi percayalah...isteri akan rasa bahagia dan bangga pabila sesekali suami berkata begitu...dan isteri juga sesekali lafazkanlah...walau hakikatnya suami memang dah tahu kita sangat mencintai dan menyayanginya...insyaallah perasaan cinta dan sayang itu akan sentiasa mekar mewarnai hubungan suami isteri...
kena ingat...perkara yang remeh bagi suami / lelaki mungkin menjadi perkara yang sangat berat bagi wanita / isteri...perbezaan sebeginilah yang menjadikan sesebuah hubungan itu indah =)
cheqna bukan nak mengajar...apatah lagi cheqna tahu cheqna tak layak sebab cheqna pun masih belum kahwin...tapi cheqna banyak membaca dan banyak pengalaman dari klien2 yang datang meluahkan apa yang mereka rasa...so cheqna kongsikan disini..tak salah kan??
kakiku punya nota : cheqna tahu..cheqna bukanlah yang terbaik..tapi cheqna sentiasa berusaha untuk menjadikan hari2 mendatang yang dilalui semakin baik berbanding2 hari2 yang telah berlalu..mungkin ada wanita yang tak setuju dengan pandangan cheqna ni...cheqna no hal..sebab pandangan setiap orang berbeza kan..=)

20 comments:

  1. SALAM,
    UTK PASANGAN YG DAH LEBIH 49 TAHUN NI, CHEQNA ADA PETUA KE?

    ReplyDelete
  2. Sy setuju ngan cheqna.. sebenarnya senang nk jaga hati wanita nie, cuma kena perlu tahu cara je... tak yah guna modal besar pun.. n kadang2 tak guna modal langsung..

    ReplyDelete
  3. betul, sb itu Allah jadikan dua jantina berbeza..jadi kehendaknya juga berbeza..yg penting tolak ansur dan jujur :)

    ReplyDelete
  4. setuju sgt dgn cheqna..
    tidak cukup dgn hanya perbuatan , pengucapan pun perlu selalu diucapkan kalau sayang..baru isteri tau ..suaminya sayang..

    ReplyDelete
  5. orang perempuan perlukan assurance
    tak seperti orang lelaki
    selalu take for granted

    ReplyDelete
  6. mmg kengkadang jadik pompuan ni agak leceh sikit...hehe..

    contohnya aku la...aku suka tanya gini kat laki aku...

    " daddy, antara mama ngan tiz zaqyah mana lagi cun? "

    haha...kalau dia jwb aku, aku sentap..sbb aku tau dia cuma nak jaga hati aku...
    kalau dia jawab tiz, laaagi aku sentap!! hahahaha....

    see, susahkan dgn soalan2 pompuan ni...

    ReplyDelete
  7. aa'ah cheqna, kebanyakan lelaki sukar nak kata ailebiu, susah nak tunjuk.....tapi saya tau dia syg saya....heeee~

    ReplyDelete
  8. huhu..lelaki rasa benda camtu remeh sgt ...berat sgt nak ucapkan sayang tu .....jadi haish...kna la paham2 sendiri :P :P

    ReplyDelete
  9. yabang pun selalu komplen.. die kata saya ni..dah 2 tahun kawen..dah ada anak dah pun..perlu ke tanya soalan tu..

    jawapan saya : susah sangat ke nak jawab? kalau sya tanya "adakah abg bahagia kahwin dgn saya"..

    terus je die jawab : ye..saya bahagia

    dan2 tu tunjukkan yg kita seronok dgn jawapan die..barulah mekar setaman gitu

    ReplyDelete
  10. Hiks~....Cheqna pandai dalam psikologi. Lelaki suka merendah-rendahkan emosi perempuan yg kompleks. Kita perempuan kena bijak dlm bermain kata. Kunci pertanyaan mereka (lelaki). Lelaki lebih ramai yg bimbo.

    =D

    ReplyDelete
  11. pandai adik kak ati ..cayang bucuk ni
    betui dan setuju sangat
    harap orang lelaki dan tunang
    cheqna tu baca dan fahamilah ye..

    bukan 'perlakuan' saje tau....

    ucapan pun amat bermakna :)

    ReplyDelete
  12. totally agreed!! memang la dah tau encek suami sayang tapi memang saje2 nak dia ucapkan selalu. terasa macam lebihhhhh disayangi gitu.. lagipon nak hangatkan kasih sayang je.. kalau tak nanti cam boring kan.. huhu

    ReplyDelete
  13. mantop la cheqna!

    sya terbaca satu buku...
    pompuan suka tanya sbb dia selalu rasa tak yakin dan nak sntisa di belai dgn kata2 manis, tu yg asyik tnya sayang ke tak...

    lelaki pulak,
    dia mlas nak ckp sbb dia tunjuk dgn perbuatan...
    mcm gi keluar bekeje tu antara tanda sayanglah sbb dia berusaha uat terbaik utk org tersayang...

    huhuuuu

    ReplyDelete
  14. ucapan saje dh blh melembutkan hati wanita..huuhu

    ReplyDelete
  15. lelaki kekadang susah nak tunjukkan sayang dia pd perempuan, tp bila perempuan tanya, dorang marah lak.. huhu

    ReplyDelete
  16. kekadang kasih sayang tak perlu diluahkan dgn kata2... faham memahami lebih penting..:)

    ReplyDelete
  17. cheqna salah tu orang yang belum berkahwin boleh gak cakap pasal kahwin-kahwin. kang ko banyak membaca banyaklah pengetahuan.

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~