Sep 12, 2011

~ kepadamu yang tak mampu untuk aku cintai ~

bismillah...
aku tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk ku luahkan bicara ini...tapi ku cuba...akhirnya terluah juga disini...aku sudah buntu...buntu untuk memikirkannya...hanya pada Allah ku serahkan segalanya...
aku tidak tahu bagaimana pertemuan itu boleh berlaku...setelah sekian lama...kau kata kau sudah meminati aku sejak dari zaman sekolah rendah lagi...sehingga sekarang...aku tak mengerti...apa istimewanya aku...tapi aku percaya setiap dari kita memang ada keistimewaan tersendiri...ada kebaikan dan juga keburukan...mungkin kau nampak apa yang orang lain  x nampak...aku akui sangat rasa berterima kasih dan terharu kerana kau masih setia menunggu aku sehingga detik ini walau kau tak pernah lafazkannya sejak dari dulu...
hanya kerana FB..akhirnya kau berjaya jejaki aku...tanpa menaruh apa2 syak wasangka sebab aku tak pernah tahu apa yang kau rasa..aku sambut baik salam yang kau hulurkan dengan niat kau adalah rakan sekampung...dan kau juga mengakui yang kau sangat teruja apabila dapat menjejaki aku kembali...waktu ini aku masih belum bergelar tunangan orang lagi....
sejak hari itu..kau selalu mengirimkan khabar...melayan aku selayaknya seperti seorang kekasih tetapi demi Allah..sedikitpun aku tidak punyai apa2 rasa..sebab bagi aku...kau hanya kawan...waktu itu memang pintu hati aku langsung tidak terbuka untuk kau walau kau beria2 menyakinkan bahawa kau memang sangat2 mencintai aku...
akhirnya kerana terlalu bosan diganggu walau sudah diberitahu...aku nekad untuk tidak lagi melayan kau...aku khabarkan pada kau...tapi kau tak juga mengerti..aku tak mau bergaduh...aku tak mau berkata yang bukan2...aku khabarkan apa yang aku rasa dengan baik pada kau...bahawa aku hanya boleh menganggap kau sebagai seorang kawan sahaja...tapi sayang kau tak pernah berputus asa...tapi ku biarkan saja setiap sms or panggilan kau tidak berjawab dengan harapan kau akan mengerti..
akhirnya...tiada lagi sms..tiada lagi panggilan..alhamdulillah...aku fikirkan kau sudah mengerti...dan aku pulak menjalani kehidupan seperti biasa sehingga bergelar tunangan orang...tanpa diduga setelah hampir sebulan bergelar tunangan orang..kau kembali mencari aku...ku khabarkan berita itu pada kau tapi sayangnya kau tak percaya....kau kata itu adalah helah untuk aku mengelakkan diri dari kau...aku bingung...tapi aku tak layan setiap sms or panggilan dari kau..sebab aku tahu status aku sebagai tunangan orang...kepada incik tunang juga ku khabarkan...dan dinasihatkan supaya tidak melayan apa2 sms mahupun panggilan dari kau...biarkan kata incik tunang...
kau masih lagi terus mengganggu...dengan pelbagai kata2 manis...pujuk rayu..tapi alhamdulillah Allah masih memeliharaku...sedikitpun tidak ku layan setiap apa yang kau lakukan...semuanya ku pandang sepi...sehinggalah satu hari aku mendapat msj dari kau mengatakan kau baru percaya bahawa aku sudah bertunang setelah melihat gambar aku dalam majlis tersebut..alhamdulillah...aku senang sebab akhirnya kau percaya dan ku anggap kau tidak akan mengganggu aku lagi...aku senyum...sebab akhirnya Allah tunjukkan juga kepada kau....
tetapi...ternyata sangkaanku meleset..Tuhan...ujian apakah ini...kau masih mengganggu aku...aku bersyukur sebab aku diberi kekuatan dari Allah...aku kuat...aku memang tak layan setiap sms mahupun panggilan darimu walaupun kau sekadar ingin bertanya khabar...aku tidak mahu menimbulkan kemarahan di hati incik tunang...
tanpa di duga..menjelang aidilfitri baru2 ini...aku mula mendapat panggilan2 dan sms dari private nombor...pun tidak ku layan...sebab aku memang begitu...memang menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang pada orang yang selayaknya...bila aku tak layan...senyap seketika...tapi muncul kembali dengan mesej2 yang berbaur ugutan...aku tidak tahu siapa...tapi naluriku kuat mengatakan engkau...ibuku menyarankan agar tidak mengesyaki sesiapa....msej2 yang berbunyi " kalau aku tak dapat kau,...orang lain pun tak akan dapat kau walaupun kau sudah bertunang".." kau tak akan bahagia"..dan pelbagai lagi agak menakutkan aku...tapi incik tunang kata...Allah akan bersama kita...Allah maha kuasa....insyaallah aku akan selamat...
aku sedih...aku sakit...sumpah...aku sangat sakit....aku tak tahu apa salah aku...aku bukan mempermainkan hati kau sebab aku tak pernah menerima engkau..aku tak pernah menyatakan rasa cinta pada kau...mungkin kau tak boleh terima sebab aku tak terima cinta kau...tolonglah..aku merayu...aku percaya Allah maha mengetahui segalanya...ingatlah pada Allah....aku hanya ingin bahagia dengan apa yang aku miliki skang...aku ada keluarga...ada incik tunang...ada keluarga incik tunang...ada kawan2 yang memahami...dan aku percaya kau juga akan temui kebahagiaan suatu hari nanti....jangan berharap pada aku lagi...sebab aku memang tak pernah menaruh apa2 perasaan pada kau...tentang apa yang kau rasa terhadap aku..aku tak boleh halang...sebab itu perasaan kau..tapi tolonglah hormati aku sebagai tunangan orang....kasih sayang cinta aku terhadap dia..Allah yang aturkan...dan Allah jua yang boleh pisahkan kami...aku rayu pada kau...tolonglah...aku sakit sangat...sangat2 sakit...
aku tak marah..aku tak dendam...tapi aku rayu..cukuplah menganggu aku...aku pohon....tolonglah...fahami dan mengertilah aku.....aku tak minta kau doakan aku dengan tunang aku skang...cukuplah kau tak ganggu aku lagi...tolonglah....

13 comments:

  1. Semoga anak mama sentiasa dipelihara Allah dari segala fitnah dan dengki khianat manusia. Amin.

    ReplyDelete
  2. semoga si dia membaca luahan ini dan faham dengan sefaham-fahamnya. kalau tak paham bahasa gak.... tak tahu nak cakap apa dah.

    ReplyDelete
  3. Ayoooo..ini kes berat juga ni..harap encik tunangan faham dgn situasi ni..inilah dugaan semasa bertunang..sabar-sabar

    ReplyDelete
  4. sabar ye cheqna.. nak kawen nnt jemput dia.. biar dia tersedar dari lamunan

    ReplyDelete
  5. banyak2 bersabar cheqna...

    kata orang tua2... masa bertunang ni banyak dugaan ye...
    moga2 cheqna tabah dan sabar

    ReplyDelete
  6. Sayang , Ini dugaan namanya.
    Yg penting kepercayaan dari Incik tunang ...

    Insyallah semuanya akan baik2..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...beratnya dugaan untuk cheqna. Tapi ingatlah, Allah memberi ujian mengikut kemampuan kita. Insya Allah, Cheqna kuat untuk menempuh dugaan ini. Banyakkan berdoa dan membaca ayat-ayat Al-Quran. Semoga cheqna sentiasa dipelihara Allah.

    ReplyDelete
  8. cite betol ke ni....siannyer..

    suke betol dia ea..xpe..report polis je

    ReplyDelete
  9. Cheqna, sentiasa la memohon perlindungan dari Allah swt.......InsyaAllah...Cheqna...semuanya akan tenang...

    ReplyDelete
  10. Ouh, sy pun pnh kena nasib yg sama mcm awak. Even dah ade Aydin pun, masih ada gangguan mcm tu...sy pnh gak dpt panggilan ugutan membunuh. Seramkan?

    Alhamdulillah. Setelah tiada layanan dan ketegasan sy, semuanya dah berakhir....

    Sabar.

    ReplyDelete
  11. alamak, dia kacau cheqna lagi ke? adoi la..

    ReplyDelete
  12. Byk kan bersabar. Masa bertunang mmg byk dugaan nya

    ReplyDelete
  13. isk lama tak baca blog cheqna rupenye banyak hal yang berlaku. sabar cheqna. dugaan bertunang orang kata. tapi ajee cadangkan baik cheqna buat report polis kalau masih lagi berterusan call dengan sms ugutan tu. bahaya tu. at least kite ada la rasa sket secure kan.. :)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~