Sep 6, 2011

~ kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak ~

bismillah...
kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang banyak untuk kau pilih..dan kau tahu aku hanyalah wanita biasa yang memang bukannya sempurna..aku banyak kekurangan..maka ketahuilah..
kepadamu yang akan memilihku kelak
aku tak sebijak bonda khadijah..untuk itu kau harus tahu aku boleh saja berbuat salah dan begitu menjengkelkan..maka ku mohon padamu..bijaklah dalam menghadapiku..jangan marah padaku..nasihati aku dengan hikmah..kerana bagiku kau adalah pemimpinku...tak akan ku berani untuk membangkang setiap kata2mu
duhai kau yang akan memilihku kelak
ingatlah...tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu ada kalanya aku akan begitu kusam dan buruk mungkin kerana aku begitu sibuk didapur menyiapkan makanan untuk malaikat2 kita nanti ~ insyaallah
maka aku akan nampak kotor dan berbau asap
ataukah kau akan menemukanku tersengguk sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala  rasa tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak aku tak sedetikpun tidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit..dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka ku tak ingin mengusik sedikitpun lenamu..jadi jika esok pagi kau mendapati aku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku..maka tetaplah tersenyum padaku kerana kau adalah kekuatanku..
padamu yang akan menjadi nakhoda dalam hidupku kelak
ketahuilah mungkin ada saatnya aku tak sesabar fatimah..adakalanya kau akan melihat aku begitu marah..menangis dan tak terkawal..bukan kerana ku membangkang padamu..bukan kerana ku memberontak terhadapmu...tapi ketahuilah...aku hanyalah wanita biasa....aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku..tempat untuk melepaskan penat didiriku..dan mungkin saat itu aku tidak menemuimu..atau kau mungkin begitu sibuk dengan pekerjaanmu..maka bersabarlah...yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku
padamu yang akan menjadi imam dalam hidupku kelak
ketahuilah..aku tak secerdas aisyah..maka jangan pernah bosan mengajariku..membimbingku ke arahNYA..walau terkadang aku begitu bodoh dan bebal..tapi janganlah kau pernah letih mengajarku..jangan segan untuk membangunkan aku sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada kekasih yang maha kasih...jangan letih untuk mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan2 sunat..bimbing tanganku ke JannahNYA..agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya
padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
seiring berjalannya waktu..kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah..akan menipis dan memutih..kulitku yang bersih akan mulai keriput..tanganku yang halus akan menjadi kasar dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita yang cantik..yang kau temui berpuluh tahun dahulu..bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..maka jangan pernah berpaling dariku..kerana satu yang tak pernah berubah..bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian memuncak..iaitu rasa cintaku padamu..
ketahuilah lelaki yang amat ku cintai..
tiap harinya..tiap jam..minit dan juga detik...hanya kamu yang aku cintai tanpa pernah berkurang sedikitpun...maka cintailah aku dengan apa adanya aku...jangan berharap aku menjadi wanita yang sempurna..maafkan aku kerana aku bukannya puteri...bukannya bidadari...aku hanya wanita biasa..terimalah aku dengan sedanya..baik mahupun buruk...bimbinglah aku menuju jalanNYA...semoga kita kan bisa bahagia bersama buat selamanya..dengan izin dariNYA...
kakiku punya nota : lupa pernah baca kat mana....dan cheqna alter gak sikit2..bila baca betul2...memang boleh nangis 

32 comments:

  1. cheqna ni baru curahan rasaku. amboi tershahdu plak malam -malam ni.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya cheqna...
    cheqna ni...malam2 mcm ni bile bace sayu jer..

    ReplyDelete
  3. merendah diri jangan sampai terlalu rendah, takut nanti org pandang rendah dan pendang sebelah mata... sekali sekala, perlu yakin dengan kekuatan diri kerana tiap2 kita ada kekuatan dan kelebihan yang dianugerahkan

    ReplyDelete
  4. doakan dia menjadi seorang pendamping yang setia hingga akhir hayat mu...

    ReplyDelete
  5. amboi ko cheqna...kalau tunang ko baca ni, menitik air mata dia beb...

    ReplyDelete
  6. aduhai...tangkap leleh kalau tunang baca ni

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya ceqna..indah sungguh penggunaan bahasanya..sayu je..

    ReplyDelete
  8. nukilan ini bertepatan dengan usia kami sekarang .. satu peringatan yang baik untuk kami dan juga mereka yang sewaktu dengan uncle.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikom cheqna.. :)

    perrgghhh curahang perasaang sunngoh ni!
    moge cheqna cpt sembuh sakit2 segale.. amiinnn!
    slamat raye!

    ReplyDelete
  10. cik ina do do cheng
    uhuk uhuk uhuk..sedihnyer.....=)

    ReplyDelete
  11. ainnoraini
    selamat hari raya kak
    terasa ingin berjiwa je tu yang publish n3 macam ni =)

    ReplyDelete
  12. mama
    kalau cheqna sedang jiwe memang berbunga habis =)

    ReplyDelete
  13. daddyziyad
    sambil kesat hingus ni hehehehe
    tu baru mukadimah...=)

    ReplyDelete
  14. NM02
    angin jiwe sudah sampai..hahahaha jeles la tuuuuu

    ReplyDelete
  15. mamanoriz
    sebak kan???cheqna memang meletakkan diri cheqna sepenuhnya dalam kata2 yang cheqna baca dan dialter sket2 ni..

    ReplyDelete
  16. wahida
    sebelum dia menitik air mata cheqna dah sebaldi habis air mata ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  17. chichi
    harap bukan setakat leleh..biar dia tahu apa yang kita rasakan..dan dia faham...=)

    ReplyDelete
  18. amy syaquena
    selamat hari raya
    sayu kalau baca malam2 ni..baca ngan penuh penghayatan

    ReplyDelete
  19. azeeda
    terima kasih..=)
    agaknyer time sakit memang jiwe parok kot =)
    hahahaha

    ReplyDelete
  20. aku adalah aku...ehh tetiba...akekeke memang mendalam maksud pengalaman story nih...sebab saya pon dok cari kelebihan para isteri2 nabi Muhammad s.a.w yg baik2 sahaja... ;)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~