Sep 30, 2011

~ bersyukur..bersyukurlah.....~


  Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...




1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.  
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran. 
3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan. 
5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.   

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... 
pernah kah kita menyedari ini semua dan bersyukur???

17 comments:

  1. yang first tu ai suker...

    sebab kami sama2 dengkur... ada irama muzik setiap mlm

    hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang perlu sujud syukur saban hari agar tidak lupa nikmat yg diberi....

    ReplyDelete
  3. kekadang - bila dah jadik rutin
    kita tak sedar atau terlupa akan kebaikan di sebaliknya...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.....
    tp yg no 7 tu mcm x best jerk... asik ler bertimbun2, sempat di cuci jerk, selebihnya x tergosok n x terlipat lor.. huhu

    ReplyDelete
  5. selalu tak fikir benda2 gini.tp yg no 4 tu..hehe..bukan cukup tapi terlebih kot.

    ReplyDelete
  6. betul3...

    kereta dah basuh ke kakna???

    hikhikhik..

    ReplyDelete
  7. betul..

    semua kelemahan pasti ada hikmah sebaliknya...

    kena uat sujud syukur tiap2 hari sebelum tido tnda syukur nikmat allah beri sepanjang hari tu kan...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~