Feb 21, 2011

~ lelaki.....tak suka didesak...betul ke???~


assalamualaikum semua...
apa khabar???
erm...semalam tak dapat nak bersiaran..sibuk ngan keje opis...berkejaran ke Kuala Terengganu..
balik opis dah kul 3pm...nak setel paperwork lagi...dah namanya keje kan...
skang tgh layan trilogi cinta sambil layan fb ngan kawan yang ngok ngek...seronok....tapi pagi ni baru berkesempatan nak publish...errr..actually cheqna tak pandai nak auto publish ni...hehehehehe bocor rahsia...
kali ni cheqna nak share something...ini just pandangan cheqna la...tak semestinya anda semua kena terima kan...masing2 punya pandangan tersendiri...kalau tak setuju ngan pandangan cheqna itu hak anda...cheqna tak marah or tak kisah....=)
benarkah lelaki tidak suka di desak??
wah tajuk...tak hengat....hehehehe...sebelum tu tajuk ni tak de kaitan ngan cheqna yang sedang berbunga2 ni ok...ni just pandangan sebab cheqna selalu sembang dan juga ada kawan2 lelaki yang suka berkongsi maklumat serta bertukar pendapat ngan cheqna
pertamanya cheqna akui memang ada lelaki yang tak suka di desak...didesak bab kahwin r ni...katakan mereka dah menjalinkan hubungan cinta baru setahun dua...or 3,4 tahun la....lelaki amat tidak suka bila perempuan merangkap kekasih or tunang selalu mendesak dengan persoalan bila nak kahwin...sebabnya bagi mereka...RIMAS..BOSAN..SERABUT dan akhirnya berkemungkinan besar akan membawa kepada perpisahan...
ok ok ok..cheqna tahu mesti ada dikalangan kaum cheqna yang protes dengan statement sebegini
"ala..kalau tak desak...tak selalu tanya lelaki akan wat derk....atau seakan melambat2kan perkahwinan"
kan??betul kan???ok cheqna akui ada segelintir lelaki sebegitu...ditekankan sekali lagi SEGELINTIR bukan SEMUA...
tetapi harus diingat...bila lelaki mula memberikan komitmen dalam sesebuah perhubungan...means lelaki serius dalam sesebuah perhubungan...memang dia betul2 kata dia nak peristerikan kita...bersyukurlah..sebab itu tandanya dia sudah bersedia untuk memikul sebuah tanggungjawab yang sangat besar sebagai seorang suami..ayah dan juga pemimpin kepada kita...lelaki ni...bila dia dah rasa ada komitmen dan tanggungjawab walau macamana sekalipun dia mesti akan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai matlamat itu..means nak kahwin la kan...cumanya...lelaki ni dia tak pandai nak tunjuk2 yang dia sedang berusaha...tak macam kita kaum wanita kan...lelaki menunjukkan sesuatu melalui perbuatan..dan kita pulak kaum wanita menunjukkan sesuatu melalui perkataan mahupun ucapan...betul kan l??ke cheqna silap ni??huhuhuhu
bila wanita suka mendesak...tanpa mengambil kira kesulitan yang dialami pasangan mereka...faktor2 inilah yang menjadikan hubungan makin suram...makin tawar dan akhirnya mungkin akan berakhir dengan perpisahan...mintak jauh la...patutnya sebagai orang yang paling hampir dengan pasangan..kita perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi...membuatkan dia rasa selesa ngan kita...bukannya menambahkan lagi tekanan yang dia ada....kesulitan mengenai kewangan terutamanya menjadi faktor utama yang boleh menjadikan sesebuah hubungan mudah berakhir...
cheqna cakap macam cheqna ni perfect je kan...no..cheqna juga manusia biasa...tidak lepas dari melakukan kesilapan...tapi at least dengan ilmu2 yang cheqna ada...perkongsian pengalaman yang cheqna miliki dapatla jugak cheqna aplikasikan dalam hubungan cheqna...semua orang impikan kesudahan yang baik dalam perhubungan mereka....cuma harus diingat...perkahwinan bukan untuk sehari dua...tapi untuk selamanya jika diizinkan Allah...dan itu sudah tentu doa kita setiap kali lepas solat kan????
jadi kepada kaum wanita....tak perlu mendesak....lelaki tahu apa yang perlu mereka lakukan...yang penting terus memberi sokongan dan dorongan kepada pasangan..demi kebahagiaan bersama.....tapi kalau lelaki yang jenis tak bertanggungjawab tak tahu r cheqna nak kata camana.....moga kita semua memiliki lelaki yang bertanggungjawab..amin.....
daaaaaaa

11 comments:

  1. ade gak spesis yg suke di desak, tgk la character laki cheqna tu lagu mano.....

    ReplyDelete
  2. huhu...setuju ngan cheqna..memang tak boley didesak karang tak pasal2 masam muke...so bior jelah..kalo dia sendiri dah ada rasa nak kawen or bertunang baru la buat .. xbest plak kalo tak ikhlas dan dipaksa2....huhu

    ReplyDelete
  3. terpulang pada laki tu sendiri, kalau dia betul nak ade komitmen, kite boleh tgok sendiri & nilai..kalau jenis yg couple saje², dia akan suke² buat janji..sebagai contohlah: takpe, bulan depan kite tunang ye..

    jenis gini mmg tak boleh di harap..akak bercakap dari pengalaman, ekekeke..

    ReplyDelete
  4. tp kan cheqna..kalau terlampau lama sgt perhubungan tu harus jgk di desak tu...takut2 nanti...bnda laen pulak jadi...yela nk kena uji jgk dgn perkara2 mcm tu...kn tnya2 jgk...nk tgk sejauh mana keseriusan perhubungan tu kan...skadar pndapat jela..

    ReplyDelete
  5. betul tuh cheqna.. lelaki memang tak suke didesak. ikut je flow kan. hint sket2 da la. kalau asyik tanya je memang cari pasal la tuh. haha

    ReplyDelete
  6. banyak kawan2 yang nik jumpe...actually diorang ni tak suke di desak sebab diorangrasa diorang hilang MAN POWER tau....diorang takut nak beri komitmen...diorang takut nak lepaskan hidup tanpa KOMITMEN....

    Lelaki yang boleh pikir panjang..dia mampu menerima pandangan seorang wanita...kehendak dan keperluan wanita seiring dgn tuntutan agama..

    Perkataan mendesak dengar macam KEJAM bukan.. Nik lebih suka guna perkataan MEYAKINKAN.... perempuan kene lebih memberi semangat..dan MEYAKINKAN lelaki bahawa hidup berkeluarga JAUH LEBIH BAIK dari hidup membujang....

    Kene YAKIN kan mereka bahwa mereka tetap tidak akan kehilangan semua privileges yang mereka dapat masa bujang walaupun sudah berkahwin.... Dengan syarat..mereka melaksanakan tanggung jawab sebagai suami sepenuhnya...

    InsyaAllah..dengan bantuan dari kita sebagai wanita yang dikurniakan Allah satu akal yang sangat bergeliga..kita mampu menundukkan lelaki..bukan sorang...tapi ramai.. =)

    Sebab tu perempuan kene bertindak mengikut akal..bukan nafsu.. =)


    Ok..dah macam buat entry pulak kan..hahahhahahhahhaha...

    Semoga Cheqna jumpa Suami yang soleh...yang memahami..yang nak mengecapi segala kebahagian di dunia ni bersama cheqna....dalam ikatan yang sah.. ok!..

    =)

    ReplyDelete
  7. kadang2 laki ni lain laki tu lain..tgk atas laki tu r mane blh di desak mane xleh di desak..huhu

    ReplyDelete
  8. folo & BW..
    mehla jenguk belog ai..
    nice to know u!(^_^)

    p/s:betul..incik husband selalu pesan jgn desak dia kalo nak apa2..tp setiap org tak sama kan?

    ReplyDelete
  9. betul. kalu kita mendesak jugak, mau kena sembur. hahaha...

    dorang akan buat sendiri tanpa disuruh. tapi lelaki ni selalunya kalu wat ape2 tak suker bising. tau2 dah setel.

    ReplyDelete
  10. kadang2 org lelaki kene didesak jugakkk..kalau tak dia buat tak tau jer...

    nengok keadaan la jugak...

    ReplyDelete
  11. untuk semua:
    terima kasih...
    masing2 punya pendapat dan pandangan tersendiri kan??
    depends pada lelaki gak kan???
    ermm pendek kata...kita yang kenal pasangan kita camana ye..
    tepuk dada tanya iman =)

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~