Aug 31, 2010

~ selamat ulangtahun sayang..~

salam semua
salam merdeka...
jam belah kanan bawah kat lappy menunjukkan 1201am tarikh 31/8/2010
ini adalah n3 ke 390..sungguh tak dirancang.....dan cheqna baru saja menyedarinya...
bunyi mercun sana sini...bunga api memeriahi ruang angkasa...macam meriah sangat...cuma...sedar dan tahukah kita...atau lebih manisnya...mengertikah kita akan erti sebenar yang dinamakan merdeka??
apepun..bergantung pada penilaian masing masing
31/8/2009
n3 pertama dipublishkan.....cheqna mula mengenali apa itu dunia blog....sifunya sudah tentu yang sedia maklum...tu pun kalau mengikuti perkembangan cheqna yang memang sentiasa kembang ni..uhuk uhuk...
masa mula2 tulis blog...tiada yang memberi komen...cheqna mula berjalan2..mengenali lebih ramai kawan...menghulurkan salam perkenalan...indahnya memori itu..namun bukan senang untuk mengumpul sahabat di alam maya...namun cheqna tak putus asa..
pernah terdetik dihati untuk tidak lagi menulis blog dengan beralasan TIADA YANG MENINGGALKAN KOMEN tapi cheqna tak berhenti menulis..sambil menulis cheqna suka berjalan2..waktu tu tak tahu apa itu bloqwalking..skang dah tahu dah =)...cheqna menghulurkan salam..memperkenalkan diri..meninggalkan komen...bukan hanya sekali..bukan hanya say hai n terus berlalu tanpa menziarahi lagi...

dulu cheqna  tidak akan meninggalkan komen or menghulurkan salam pada mana2 blogger yang mempunyai follower ramai..means 100+++ apatah lagi kalau yang dah beribu2 pengikutnya dengan alasan...AHHH..BLOGGER INI TENTU TAK ADA MASA NAK MELAYAN AKU..tapi sekarang tidak lagi...
bila n3 cheqna mula dibaca oleh orang lain serta ada blogger yang makin ramai meninggalkan komen...sangat bahagia dan berbunga perasaan itu....tidak semena2 semangat untuk menulis makin memuncak...sungguh...rasa sangat bahagia....walau kadang2 n3 cheqna merapu dan merapan...tapi dengan salam persahabatan bersambut..cheqna mula mengorak langkah dengan lebih berani....
cheqna menjadi diri sendiri..tidak malu memulakan bicara serta tutur kata menghulurkan salam sebagai tanda bersua di alam maya...sangat seronok bila makin hari cheqna makin ramai teman2 di alam maya..ramai yang menegur di shoutbox....rupanya...seronok berblog...
sekarang...setelah setahun..banyak lagi perkara yang perlu cheqna belajar....cheqna mempunyai follower seramai 160 orang...dan cheqna tak tahu cheqna punyai silent reader yang setia atau tidak....mungkin tiada kot....
apa yang cheqna sharingkan selama hampir setahun menjadi penulis blog secara tak bertauliah ini adalah berkisarkan kisah2 yang berlaku di sekeliling cheqna...sungguh indah bila baca balik apa yang pernah cheqna publishkan dulu2..senyum sensorang...sedih....gelak sensorang..besh kan??cheqna percaya anda juga pasti  pernah merasai sebegitu....
skang cheqna tetap berjalan2...menghulurkan salam walau mereka mempunyai follower yang beribu..diakui ada salam cheqna yang bersambut dan ada juga yang tidak...sedih jugak tapi takpelah..kita tak leh paksa orang kawan ngan kita...follow blog kita dan juga meninggalkan komen kat blog kita kan??janji kita happy..=)
memasuki usia setahun..cheqna sangat seronok....mempunyai sahabat2 alam maya yang cheqna rasa selesa bercerita..bergurau senda..berkongsi suka duka walau tak pernah bersua muka...baca kisah2 anda semua..membuatkan cheqna berfikir tentangnya..ada suka..ada duka..ada bahagia...ada derita..ada ilmu untuk dipenuhi di dada..pendek kata..dunia blog memang indah...bukan indah khabar dari rupa tapi memang sangat indah untuk dicerita =)
http://inacheqna.blogspot.com... SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA..MOGA TERUS BERSINAR DI ALAM MAYA...=)
daaaa 

25 comments:

  1. salam merdeka cheqna weii..
    selamat ulangtahun pertama berbloging, nampaknya semo lalui pengalaman pertama yg sama..takdok org nak komen, simpan buat kenangan.
    Bagi ibu , bila dah beratus2 komen,biasanya ibu tak komen dah, sbb kesian kat tuan blog banyak sgt nak kena jawap komen...boleh gitu? Best always to u and moga temu jodoh di alam maya.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal dan selamat berpuasa.
    Waaah. Blog dah setahun. Selamat hari jadi. Hehehehehe... Ni mesti banyak pengalaman dalam blogging ni kan?

    ReplyDelete
  3. SALAM

    Cheqna...begitulah hakikatnya seorang blogger baru,saya pun sama,rasa apa yang Cheqna rasa,tapi blogger kental(saya panggil hardcore blogger)tidak akan berputus asa...

    Teruskan perjuangan dalam bidang ni...

    ~nak gi blogwalking jap,dah kul 2.30 pagi nih he3~

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun untuk blog Cheqna... samalah kita... kakcik lebih suka follow blog yang tak ramai pengikut... :)

    ReplyDelete
  5. selamat ulangtahun pertama kepada blog curahan rasa...semoga cheqna terus berblog sampai bila2...hehehe...selamat menyambut hari merdeka jugak...

    ReplyDelete
  6. salam merdeka cheqna itteww..

    Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    ReplyDelete
  7. HAPPY ANNIVERSARY...saya bace blog ni sejak sebulan yg lalu..n arini baru rase tak segan nk komen setelah bce entry ni.. :D

    ReplyDelete
  8. salam merdeka cheqna

    tahniah, masih bertahan berblog..memang seronok sb dpt ramai kawan baru..sungguhpon tak jumpa depan mata, tp kemesraannya tak kurang juga,kan?

    semoga sama2 kita terus maju...amin

    ReplyDelete
  9. happy anniversary..

    selamat bergembira dgn blogging..

    ReplyDelete
  10. sentiasa seronok & teruja bile baca celoteh Cheqna...
    sama2 la kite berblogging ye...:)

    ReplyDelete
  11. kak wan
    terima kasih bu...
    errrr...temu jodoh di alam maya????
    tersipu2 cheqna tau...hehehehehe
    insyaallah bu...=)

    ReplyDelete
  12. zezebel
    salam jugak untuk anda
    pengalaman???bolehla...
    belajar dari pengalaman setahun yang lalu...
    seronok boleh dapat ramai kenalan melalui blog ini =)

    ReplyDelete
  13. mankuchai
    besh kan...banyak mende kita leh dapat melalui blog ni
    wah wah wah kul 230am masih nak berjalan2 ye
    cheqna dah lena diulit mimpi dah..

    ReplyDelete
  14. kakcik
    terima kasih
    tu dulu kakcik
    skang..cheqna tak kisah ramai ke tak janji salam cheqna bersambut =)

    ReplyDelete
  15. shida
    terima kasih kak
    insyaallah..cheqna akan berblog selagi Allah mengizinkan
    selamat menyambut kemerdekaan gak tuk kak =)

    ReplyDelete
  16. en_me

    salam merdeka gak
    insyaallah MALAYSIA pasti akan amai damai selamanya..
    amin..=)

    ReplyDelete
  17. ombak baik
    alahai..segan jugak ke??
    tak perlu segan2 k
    pepun thanks sebab baca blog cheqna=)
    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  18. hana faza
    tul tu..
    seronok kan??
    rasa macam dah lama kenal..mesra walau tak pernah bertentang mata
    moga hubungan kita kekal selamanya selagi ALlah mengizinkan

    ReplyDelete
  19. hamizah

    alhamdulillah memang cheqna gembira..dan berharap moga kegembiraan ini akan berpanjangan bersama teman2 di alam maya =)

    ReplyDelete
  20. ninies corner

    hehehehe terima kasih kak =)
    insyaallah..

    ReplyDelete
  21. Hohoho..
    sudah setahun kamu
    happy beshday !

    teruskan menulis ok !

    ReplyDelete
  22. Linda

    setahun sudah kak
    thanks kak...teringat setahun yang lepas..=)

    ReplyDelete
  23. salam,

    tahniah dah setahun blog saya baru nak masuk 4 bulan hehe..

    ReplyDelete
  24. penjejak maya
    oh ye ke..cheqna ingat blog PM lagi lama dari cheqna
    nway terima kasih

    ReplyDelete
  25. teruskan menulis dan menulis...

    seronok sangat kan...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~