Aug 4, 2010

~ kenapa cheqna sentap????~

salam semua
menyentuh isu di bawah tadi..sebenarnya cheqna sangat2 sentap sebab tak sangka..orang yang rapat ngan kita boleh kata macam tu...
nak dijadikan citer..kan opis cheqna akan mengadakan program kami prihatin pada 9 Ogos 2010 ni...
masa meeting hari tu cheqna dah bagitahu..cheqna boleh buat keje sebelum program sahaja sebab semasa program cheqna cuti...bukan saje2 cuti rehat..bukan..cheqna tak akan cuti kalau ada even...tapi kali ni cheqna terpaksa cuti gak...sebab??
sebabnya cheqna kena menghadiri Konvokesyen adik bongsu cheqna pada hari Ahad 8 ogos 2010..di Perlis..bukannya di Terengganu...
seperti sedia maklum..dan orang itu sendiri maklum..cheqna anak sulong..cheqna punyai tugas dan tanggungjawab besar..jadi cheqna kena jadi driver la bawak ma g kat konvo adik bongsu dan satu2nya anak lelaki ma...kalau cheqna tak cuti n hadiri program kami prihatin tu..sape yang nak bawak ma kan??? sah2 cheqna sendiri tak prihatin pada keluarga sendiri...
serius..kalau ada apa2 even...memang cheqna tak akan cuti...
selama ni pun kalau cheqna cuti rehat kat umah..ada pape cheqna akan datang gak ke opis..tapi gitulah..
bila ada seseorang yang melemparkan kata seolah2 cheqna sengaja nak cuti sebab tak nak bertanggungjawab atas program itu..memang sangat2 sedih dan sentap...memang air mata menitis saat itu..
sedih la..tak sangka sangat2.....bila dia kata macam tu..cheqna jadi terkedu..berfikir jap...salah ke cheqna cuti kerana ingin menghadiri konvo adik??
kalaupun ditakdirkan adik tak konvo..cheqna juga tak dapat join program tu sebab kena hadiri seminar pegawai psikologi di KL pada 8 dan 9 Ogos 2010..entahlah..
mungkin bagi sesetengah orang akan kata "ala...perkara macam ni pun nak sentap..." tak kisahlah..kadang2 sekuat mana pun cheqna..sepoyo mana pun cheqna..cheqna tetap miliki sekeping hati yang sangat mudah tersentuh....x salahkan???
pepun..terima kasih pada semua yang bagi sokongan pada cheqna...sangat2 menghargai...
kakiku punya nota : aikkk..kaunselor pun ada masalah????jangan lupa..kaunselor pun manusia biasa juga...punyai hati dan perasaan...dan itu adalah cheqna....

12 comments:

  1. isk, tak paham ke atau buat2 tak paham tu?! susah kan nak kasi dia ni paham..macam tak memahami pulak..takpe, akak paham perasaan cheqna d kala ini..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Cheqna.. siapa pun kita, apa pun jawatan kita, kita tetap manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Takkan asyik nak jaga hati orang sampai hati sendiri terabai dan berkecai. :)

    ReplyDelete
  3. setuju tuh... apepon jawatan kita, kita tetap manusia dan mempunyai hati dan perasaan...

    kdg2 susah kan klu dpt org yg x reti nak jg perasaan kita...

    apepon, sabo erk cheqna.. jgn sedey2 k...

    ReplyDelete
  4. sabar la cheqna...mulut manusia mmg macam tu....abaikan saja.

    ReplyDelete
  5. Great !
    awak dah luahkan segala yang terbuku dihati .

    Sabar yea sayang..

    ReplyDelete
  6. biaq pilah sapa yang kata tu cheqna..
    cheqna kaunselor ee..wa baru tau ni..sabo jelah ye..

    ReplyDelete
  7. Salam cheqna..jgn sedih anggaplah itu asam garam kehidupan, sesapa pun pernah merasanya..dia tu saje mulut gatal nak ngata.

    Bawaklah ma awak gi konvo(graduasi) adik kat Perlis dan hati - hati dijalanraya, itu yg lebih baik cheqna pikir.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Sabar, masih ada ruang utk berbincang. Bknkah kesemua tu rakan sekerja, sama2 mencari rezeki dipoho yg sama. Anggaplah dia tidak ketahui etika bekerja, dan sebaik2nya kita diamkan diri cuma yg penting, segala perjalaan dalam pengetahuan ketua jabatan.

    ReplyDelete
  9. salam,

    sape yang kata kat cheqna camtu nak kena cili mulut dia tu hehe..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,
    tersentap gak hati saya memabca entry ni, sapa tak sedih dilempar tuduhan begitu, sedangkan kita sendiri rasa serbasalah..tapi bersabarlah yee cheqna, anggap tak ada apa2 jee..pilihan cheqna tepat...keluarga didahulukan..

    ReplyDelete
  11. sabar je la cheqna.. orang gitu la.. tak kene batang idung die boleh la die cakap macam tuh kan..

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~