Jun 3, 2010

~ anak dengan bapak ~

salam semua
semalam cheqna ada terima satu kes..
kes tidak terkawal...budak lelaki umur 15 tahun..datang bersama ayahnya..pada mula dia masuk bilik cheqna..ingatkan yang datang bersamanya itu adalah datuknya....sebab nampak sangat lelaki itu sudah melebihi separuh abad usianya....
bila berkenalan....betul...ayahnya sudah berusia 86 tahun..n guess what...pakcik ini masih mempunyai anak yang berusia 7 tahun....erm...pada pandangan cheqna..seusia seperti pakcik ini pada ketika ini..tidak lagi perlu mempunyai anak sekecik itu..tapi takdir dari Allah sapela kita untuk menghalangnya kan..
ok..fine...
bila masuk bilik cheqna..bertanyakan apa yang boleh dibantu...maka si ayah pun bercerita perihal anak yang tidak mahu lagi bersekolah..mahu bekerja ataupun mahu mendapatkan perlindungan di mana2 rumah kebajikan yang kami sediakan. so..selidik punya selidik...dapatlah cerita yang sebenarnya...
abaikan bab itu...yng cheqna nak highlighkan disini adalah sikap anak itu.....sungguh cheqna terasa hati..depan2 cheqna boleh dia tengking ayah dia....subhanallah....punyalah cheqna bengang..sakit hati sangat2.....
" bayangkan awak ada anak dan anak awak tengking dan herdik awak sebegitu depan saya..apa yang awak rasa??" cheqna tanya pada budak itu..
ayah dia memang senyap je...
lama dia menung...cheqna pun senyap je...tanpa di duga..dia salam dan peluk ayah dia sambil minta maaf...
perghhh cheqna dah nanges tapi kaver beb..mana leh nanges depan klien...hahahahaha..sedih weh..doh la ayah dia nak jalan pun kena pegang....dah terketar2..tapi demi anak..sanggup gak datang jumpa kami..
cheqna memang tak leh r bila anak2 buat camtu pada mak ayah diorang....ingat lagi hari tu..cheqna wat kaunseling keluarga...cheqna plak yang sebak bila ayah dan mak yang luahkan isi hati mereka pada anak yang wat perangai..sampaikan ayah tu menangis....tapi anak gadis dia leh wat derk je...macam tak de perasaan langsung....mak dia tak yah kira la menangis tahap apa dah..cheqna sedih sebab ayah dia yyang bersungguh2 mintak maaf kalau didikan ayah dia salah selama ni...mak dia mintak maaf kalau dia ada lebihkan anak yang lain..masa tu cheqna terfikir...besar sangatkah kita sampai mak ayah yang perlu mintak maaf ngan kita????serius..rasa sangat sedih....
cheqna akan jumpa secara personal ngan anak gadis itu...dia jadi macam tu bila bercinta dengan pusher.....insyaallah cheqna akan tolong setakat yang cheqna mampu untuk remaja2 ini..insyaallah....
kakiku punya nota : bersyukur dan hargai seandainya masih memiliki kedua orang tua

8 comments:

  1. tu la dia makin mencabar nak jadik parent kan..mcm2 karenah anak..moga anak2 kita dilindungi Allah dan menjadi anak yg soleh dan solehah..

    ReplyDelete
  2. Aleeya
    cheqna kan biasa berdepan dengan masalah sebegini...
    kadang2 macam takut tuk kahwin..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  3. cheqna : saya ada sorang lagi budak bermasalah....tapi dia nie kejap ok..kejap tak..tapi kalau time dia tak..tgkla..haritu sampai di acunya pisau ke muka pak die sebab nak kuar rumah je....camne eh nak hubungin cheqna?...saya nak usulkan pada mak ayah dia... sedey2...

    ReplyDelete
  4. queen
    emel or ym cheqna kat alangfarina2yahoo.com
    nak tahu gak secara detail pasal budak tu

    ReplyDelete
  5. ~ amyliana~

    tahu dakpe...tapi bukan semua...just majoriti je la..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. emmm, sangat berminat nak kaji pemikiran remaja masa kini... semakin hari, semakin sukar difahami..

    ReplyDelete
  7. zul

    meh r..memang besh tau...
    remaja skang semakin sukar difahami...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~