Feb 3, 2010

~ nengung jap ~


sahabat
jangan kita lupa pelangi walaupun ia cantik namun ia hanyalah bersifat sementara..dan ia akan muncul entah bila lagi kita pun tak tahu..sedangkan matahari begitu setia dengan kita sampai waktunya akan menyinari kita semua..bila sampai waktu maghrib akan hilanglah ia..namun esok sesudah subuh pasti akan kembali menyinari kita..oleh itu janganlah kamu lupa akan jasa matahari..dek kerana terpesona dengan indahnya pelangi..
jodoh tiada kaitan dengan keturunan. hanya belum sampai masanya..ianya bagaikan meniti jambatan untuk ke seberang..kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita..ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat..usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat..dan usia 35 tahun belum apa-apa alau sepanjang usia itu telah digunakan untuk mencapai kegemilangan dan kecemerlangan..nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat solat..Allah mendengar..
wanita baik untuk lelaki yang baik..sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat dan begitulah sebaliknya..biarlah lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right /Mrs. Right. memang kita mudah tersilap tafsir kehidupan ini..kita selalu sangka aku pasti bahagia kalau mendapat ini...hakikatnya apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu ia juga datang bersama masalah
kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, bahagianya orang itu..hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai karenah. tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah ( walaupun sebenarnya tak mewah ) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. orang lain membeli dengan harga biasa..dia terpaksa membayar berlipat ganda..
ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya..motosikal mencelah2 hingga mampu berda jauh dihadapan..anda pun mengeluh..alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju..padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah2 bandar raya. bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. semua benda pasti ada baik buruknya
demikian juga perkahwinan..ia baik sebab dibenarkan oleh agama..sunnah nabi..sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shawat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus..ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam rumahangga....bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak??bukankah apabila anda gagal melaksanakannya..anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka??berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membian janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata??
jika tidak sanggup untuk bergelar isteri/suami tidak usah berkahwin dului..jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. jika rasa2 belum bersedia dengan karenah anak2..carilah dulu kesabaran itu..jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutannya. berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia2nya..berkahwinlah anda demi Allah dan Nabinya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan..jodoh usah terlalu dirisaukan..tiba masanya ia akan datang menjemput..namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
seorang teman pernah berpesan..
"kadang2 Allah sembunyikan matahari...
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya2..
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
"cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi..jiwa yang pasrah bertukar hakuan selagi esok masih ada. parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada...."

4 comments:

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~