Feb 19, 2010

~ kenapa perlu menghukum orang lain untuk kesilapan yang orang lain lakukan????~


salam semua

pagi2 jumaat yang indah....setelah melakukan segala kerja umah..tibalah masa untuk berkongsi luahan rasa...chewahhh macam pantun la plak...hehehehehe

erm...setelah pekena nasi goreng..kemas2 bilik n umah..cheqna termenung sendirian...sambil mendengar radio..melayan lagu2...perghhh jiwang giler cheqna....

erm...cheqna terpanggil untuk berkongsi sesuatu...

kenapa ada sesetengah orang suka menghukum orang lain untuk kesilapan yang orang lain lakukan????

pernah mengalami ke situasi sebegitu???cheqna rasa cheqna pernah kena....tak perlu tanya or mintak pendapat orang lain coz diri kita sendiri yang alami...mungkin orang lain yang tengok tak rasa...tapi kita yang terkena....

kenapa perlu merosakkan kebahagiaan sendiri semata2 dendam yang tidak berkesudahan??? bagi cheqna bila perkara ni berlaku....kita sendiri yang rugi....cheqna skang cuba elakkan perasaan sebegitu..

orang lain yang melakukan kesalahan pada kita...tapi kenapa kita menghukum orang lain???orang lain yang mengecewakan kita...kenapa kita membalasnya pada orang lain...memang ciktc.. macam ada kena mengena ngan kisah hidup cheqna tapi cheqna wat n3 ini bukan semata2 kerana cheqna tapi setelah mendengar luahan hati seorang teman yang berada di utara tanah air apa yang berlaku pada dia lebih kurang dengan kisah hidup cheqna r...

kisah terdahulu sepatutnya dilupakan....kita ikhlas menyayangi seseorang...ikhlas mencintai dia tapi kenapa dia menghukum kita untuk kesilapan yang bukan kita lakukan???tak adil bukan??? sebab tu cheqna kata..apabila kita putus cinta..putus tunang..terlerainya ikatan perkahwinan.. jangan sesekali berdendam..lepaskan segalanya dengan tenang...nak teruskan berkawan atau tidak itu terpulang pada diri masing2..ada yang boleh berkawan macam biasa ada yang tidak...hormati hak individu..jangan dipaksa....sekiranya kita lepaskan segala dengannya tenang tanpa ada sekelumit dendam insyaallah segalanya pasti akan berjalan dengan lancar..
bila kita berjaya lupakan kisah silam hidup kita pasti akan bahagia...kenapa perlu merosakkan diri dengan peristiwa silam???kita hidup demi masa depan...bukan hanya mengenang peristiwa silam yang hanya boleh menjadikan kita semakin jauh ketinggalan...hidup ini terlalu indah untuk disia2kan....jalan terbentang luas..kita yang berhak memilih laluan mana yang kita nak tuju... sama ada derita mahupun bahagia..semuanya terletak ditangan kita..bukan orang lain yang tentukan...kita dah cukup dewasa untuk membuat pilihan itu...
kecewa kerana cinta pertama???itu bukan pengakhiran sebuah kehidupan...bangkitlah..teruskan kehidupan seperti biasa walau pada awalnya sangat sakit untuk membina semula kehidupan.. tapi harus diingat apabila kita bertemu dengan cinta seterusnya jangan jadikan orang tersebut sebagai mangsa untuk kita hukum dia atas kegagalan cinta pertama kita..setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri...harta rupa bukan ukuran..keikhlasan hati jadi rebutan..
apepun...setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..bagi cheqna tidak adil untuk kita menghukum orang lain untuk kesilapan yang orang lain lakukan...anda????tepuk dada tanyalah iman
tadaaaaaaa

7 comments:

  1. Na... aku ada gak alami benda ni...
    tapi bukan bab2 bercintan cintun nih...

    Ni kes balik kg ari tu. Bukan aku yang minta nak balik awal.. bukan aku yang paksa diorg balik awal... Kenapa bos2 serang aku sorang?

    Kenapa bos2 tak serang diorang pun? Adakah kerana diorg ada pertalian ngan bos yang lagi besar?

    Sekian... Hilang mood jiwang. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. afzan bukan nama sebenar..doh tu nama sebeno mung nape erk???lalala

    adatla tu zan oi...kita ni mentimun diorang tu durian kita ni digolek terluka menggolek pun terluka...so kena guna konsep redha

    sekian..masih dalam mood jiwang

    ReplyDelete
  3. afzan bukan nama sebenar..doh tu nama sebeno mung nape erk???lalala

    adatla tu zan oi...kita ni mentimun diorang tu durian kita ni digolek terluka menggolek pun terluka...so kena guna konsep redha

    sekian..masih dalam mood jiwang

    ReplyDelete
  4. doh kenapa sampai 2 kali mung reply?
    tekanan ke? hahahaha

    ReplyDelete
  5. Memang ramai yang melakukan seperti itu walaupun menyedari ketidakpatutan dan ketidakadilan berlaku dalam pelbagai keadaan.
    Mungkin saja-saja nak bagi meriah perasan tu kot.

    ReplyDelete
  6. kak long mawar merah

    mungkinla kot...nak bagi meriah perasaan erk???

    ramainya hati yang terluka kerana nak meriahkan perasaan..huhuhuhuhu

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~