Nov 3, 2009

PrOgRaM KaUnsELInG InsTiTusI

salam semua

cheqna baru je balik dari Program Kaunseling Institusi 2009 yang diadakan di Peladang Agro Setiu Resort...program 2 hari 1 malam..bermula petang semalam sampailah petang tadi...
cheqna g ngan kak ct..sampai kul 130pm kat sana..makan..solat n teruskan dengan aktiviti pertama..macam biasa..ICE BREAKING....yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Setiu dan Dungun...diikuti dengan LDK yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi STB(P) Marang..berhenti solat asar n teruskan dengan riadah yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Besut...macam2 game ada..memang besh...Opsss..lupa lak..klien kali ni terdiri dari penghuni Asrama Rusila Marang seramai 25 orang dan diiringi 6 orang pengiring..semuanya lelaki dan yang penting the gang of Psychologist Officer...seramai 7 orang..

ni masa aktiviti rebut kerusi..harap maaf gambar terpaksa dikaburkan kerana melindungi wajah2 peserta ( nanti kang tak pasal2 cheqna kena masuk court )
pas solat maghrib n isyak...kami teruskan slot ceramah yang bertajuk " Bagaimana harusku tempuh hari esok" yang disampaikan oleh Pegawai Psikologi Kuala Terengganu..habis ceramah dalam kul 10.20pm...berhenti untuk minum malam...pastu sambung balik dengan sesi seterusnya yang kami namakan " Surat Wasiat " bermula jam 10.50pm dan selesai dalam jam 12.30am..yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Hulu Terengganu aka cheqna la tu hehehehe
agak mengharukan...melihat dak2 ni menangis...semoga tangisan penyesalan yang ditangiskan malam ni bukan setakat terhenti disini sahaja...semoga ruang dan peluang untuk mereka berubah digunakan dengan sebaik mungkin....semua orang pernah melakukan kesilapan...tapi bukan semua orang ada peluang untuk berubah..jadinya adik2 ini diberi peluang..dan diharapkan mereka dapat menghargai peluang yang diberikan itu....
em..habis slot ni...balik bilik tidolah weh...huhuhuhu..ngantuk...esok ada aktiviti mendaki aka jungle tracking..nak tido..tapi melihat telatah Nuha ( anak Kak Oya ) membuatkan cheqna n Kak Iza sakit perut gelak..mama dia memang dok layan doh anak dia tu..macam2 kaletah Nuha ni..ikut hati nak layan..tapi mama dia dah pesan jangan layan..hehehehe..so kami biarkan nuha cakap sorang2..last2 tido gak minah tu..dah takde orang nak layan..hehehe...so tidolah cheqna ...tapi kan..dalam kul 2am or 3am..cheqna terkejut...tetiba rasa kepala pusing...alahai..vertigo menyerang ke???agak cuak dah..tapi cool n rilek..malas nak kejutkan sape2...biar jela..cuba gak pejamkan mata walaupun kepala pusing n perut pun agak meragam...huhuhuhuhu
esoknya..kul 630am kejut nak bangun solat..alahai..kepalaku masih pening...aduh..slow2 bangun..nak muntah pun ada..sila maklum..ini bukan morning sickness ye harap2 cheqna ok..sudah solat..terus baring n sedo2 kul 8.20am..kurang sket..tapi still telan proxtan... kak oya n wanie..sorry tak dapat join naik hutan tu
kul 1230pm..Pengarah datang untuk perasmian...gedegung gedega...siap makan siap solat kul 230pm cheqna pun balikla...masuk opis jap coz kete kak ct ada kat opis..pastu maklumkan kat PT esok tak masuk opis coz g ibu pejabat..luse n hari ahad cheqna cuti..penat..nak rehat..next week nak g The Mines plak..exam..

gambo dari belakang je ye...tu tema program kami ~ kat baju tu ~

2 orang yang ayu..sorang je yang available..yang sorang tu dah kahwin ye...=)
apepun..pogram kali ni besh..yela..kami dapat berkumpul ramai2 sekali lagi hehehehe..insyaallah lain kali kami akan wat program lagi
tadaaa

No comments:

Post a Comment

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~