Nov 7, 2009

~ErTi SeBeNaR KeTeRLukaAn~



diwaktu begini...segala kenangan terimbas kembali..sungguh..bukanku pinta ini semua terjadi..keadaan yang telah memaksaku hingga aku menjadi sebegini rupa..



sejak kematian ayah...aku..sebagai anak sulung sememangnya perlu tabah...sekiranya aku lemah ibuku pastinya rebah...tatkala itu aku baru berusia 19 tahun..manakala adikku 17 tahun dan juga 15 tahun...ibuku????berusia 38 tahun...masih muda...sepanjang hayat arwah ada...segalanya arwah yang lakukan...ibuku memang tidak pandai apa-apa..hinggakan untuk mengeluarkan duit di bank sekalipun ibuku tidak pandai...bil air,api,makan minum semuanya diuruskan arwah..ibuku hanya diumah menjaga serta mendidik kami adik beradik sahaja...

bila arwah dipanggil illahi...sekan satu kejutan buat ibuku...mujurlah waktu itu aku sudah besar... akulah yang banyak berkorban demi keluarga pada waktu itu..saat itu, aku serasa tidak sanggup untuk berjauhan dari ibuku...adikku sudah mula mengorak langkah..membawa haluan..apatah lagi adikku yang ketiga..terlalu kecewa dengan pemergian arwah..hanya aku yang berada di rumah..waktu itu aku menunggu keputusan STPM..aku mengambil kesempatan untuk mengajar ibuku sedikit sebanyak tentang dunia luar..bagaimana berurusan di bank..membayar bil2..waktu itu aku rasa aku memang tidak mahu berjauhan dari ibuku...segala benda aku lakukan demi keluargaku..tanpa seorang pun lelaki di rumah ( sebab adikku stay kat asrama penuh waktu tu ) segala kerja aku lakukan..tanpa seorang ayah..mengajar aku erti ketabahan..aku tak boleh lembap..tak boleh cengeng2..semua aku lakukan sendirian...

untuk mencapai tahap seperti sekarang bukan senang...saudara mara lebih senang memandang serong dari membantu..maklumlah ibuku bergelar balu sewaktu usia muda..tambahan pulak ibuku masih cantik..banyaklah cacian dan hinaan yang diterima...santau menyantau perkara biasa..segalanya kami tanggung 5 orang..ibuku..aku dan 3 orang adikku..

aku memang perlu langkah panjang..kerana aku tidak perlu bergantung kepada orang lain.. ibuku bergantung pada aku...begitu juga dengan adik2ku..aku sudah lali dengan cacian..hinaan serta pandangan serong orang pada aku...aku tak kisah..malah aku bangga dengan diri aku.. tanpa lelaki..aku juga mampu berdikari..aku tahu apa yang aku lakukan..aku tidak perlu menjaga hati dan perasaan orang lain..cukuplah ibuku serta adik2ku tahu apa yang berlaku..katalah apa sahaja..aku tak kisah...selagi kau tidak berada di tempat aku dan alami apa yang aku alami..kau tak akan mengerti..

mungkin kau tak tahu kisah sebenar diri aku..takpelah..aku tak perlu meminta simpati atau menagih sesuatu dari kau..cukuplah kau kenal aku luaran sahaja..selebihnya biar aku sahaja tahu..kau nak kata apa sahaja..katalah...aku cuma terkilan dengan kau..rupa2nya kau tak pernah mengerti aku selama hampir 2 tahun kita berkawan..mungkin silap aku..sebabnya ramai yang melihat aku dari segi luaran yang sentiasa happy..sentiasa ceria..suka sokmo..giler2..poyo.. jarang dapat melihat aku berkeadaan duka..sedih..jadi mungkin kau berfikiran sebegitu pada aku..sedikit sedih dan terkilan..tapi aku pujuk diri aku sendiri...

mulai hari itu, aku nekad untuk tidak lagi berkongsi apa2 lagi dengan dirimu...

mungkin kau tengah bahagia dengan kehidupanmu..saat kau dilanda musibah seperti aku mungkin kau akan terkenang segala yang pernah aku tempuhi..tapi aku sentiasa doakan kau bahagia bersama insan2 kesayanganmu...

apepun..terima kasih untuk segalanya..sesungguhnya aku terluka dan terkilan dengan statementmu itu..

pengertian????aku tidak memerlukannya dari dirimu..biarlah..

kakiku punya nota : aku itu merujuk kepada penulis blog ini..



6 comments:

  1. kekadang kita memerlukan seseorang tuk menjadi peneman kala susah kala senang..

    bukan tuk meraih simpati atau meminta bantuan tapi sekadar nak melepaskan apa yg terbuku dalam ati..

    ReplyDelete
  2. sis nita

    betul tu kak

    memang ada ketika dan waktunya kita memerlukan seseorang untuk kita luahkan isi hati kita..meluahkan apa yang terbuku di hati..

    apepun yang terjadi..hidup mesti di teruskan..

    thanks kak

    ReplyDelete
  3. my dear sis, I love u!!
    saya kagum dengan semangatmu.. malah kamu juga idola ku sejak dari dulu.. apapun, saya sayang kamu macam kakak kandung saya sendiri!! i love u okays!!

    ReplyDelete
  4. Na... 'aku' tu aku tahu merujuk kepada siapa...

    Tapi....

    'Kau' tu merujuk kepada siapa?

    ReplyDelete
  5. ~ mama aiman ~

    love u 2..

    thanks...

    sob..sob..sob..

    sedih ni....

    ReplyDelete
  6. tcAbadi..

    "kau" itu adalah orang yang ko tak kenal pun...

    huhuhuhuhu

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~