Oct 13, 2009

KisAh Uda Dan DaRa

salam semua
cheqna entertainment dengan bangganya mempersembahkan cerita......

~KISAH UDA DAN DARA~

Pada suatu ketika dahulu..kisah percintaan antara Uda dan Dara merupakan kisah yang mempunyai falsafah yang tersirat disebalik kisah yang tersurat ini..

Uda dan Dara, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan menjalinkan cinta. Bagi membuktikan kasih, sayang dan cinta Uda terhadap Dara, maka Uda melamar Dara untuk dijadikan isterinya..

Sebagai hadiah perkahwinan mereka, Uda telah merancang untuk menikmati pelayaran berbulan madu yang romantik bersama Dara. Mereka amat bahagia dengan pelayaran itu.

Hasrat Uda untuk menikmati pelayaran berbulan madu bagaikan sirna kerana ribut kencang berlaku semasa kapal mereka berlayar. Kapal mereka karam di lautan dalam..

Uda dan Dara telah terpisah akibat kapal yang mereka naiki untuk berbulan madu telah pecah dipukul ribut kencang. Uda telah terdampar di sebuah pulau dan Dara pula telah terselamat di sebuah pulau yang lain, jauh dari tempat Uda. Kedua-dua pulau ini amat sunyi dan tiada berpenghuni..

Dara menangis kesunyian dan ketakutan. Ketika hampir waktu senja, singgah seorang Juragan di Pulau berhampiran tempat Dara terdampar. Dara memohon bantuan Juragan agar dia dapat bertemu dengan Uda..

Juragan bersetuju menemukan Dara dengan Uda tetapi mengenakan satu syarat iaitu Dara perlu dan sanggup menyerahkan kehormatannya terlebih dahulu. Pada mulanya, Dara keberatan tetapi memikirkan hari sudah hampir malam dan tiada pilihan lain lagi, Dara pun bersetuju demi kasihnya terhadap suaminya Uda..

Selepas itu, seperti dijanjikan, Juragan membawa Dara bertemu Uda. Dara kemudiannya menceritakan segala peristiwa yang berlaku semata-mata cintanya terhadap Uda.

Uda naik berang lalu memukul Dara. Pukulan Uda tepat mengenai kepala Dara dan Dara jatuh tersungkur menyembah bumi lalu mati. Berlaku pula pergaduhan hebat antara Uda dan Juragan.

Pergaduhan ini diperhatikan oleh ahli pertapaan yang menganggap kedua-dua mereka mengganggu ketenteramannya lalu membunuh kedua-dua mereka..

Persoalan untuk semua :

Berdasarkan cerita diatas, Siapakah diantara mereka yang bersalah dan paling anda benci sekali dan mengapa????

2 comments:

  1. semua salah..
    jahat-jahat-jahat..benci-benci-benci !!!

    uda & dara mestilah hepi ending....kena edit balik niy...hehehe..

    ReplyDelete
  2. kak a.z.r.i.n.a.03.07

    hikhikhikhik

    edit balik ke???

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~