Oct 15, 2009

JawAb InVeNToRi

Inventori Personaliti Sidek

Arahan: ~ Inventori ini mengandungi 160 pernyataan.
~ Hanya perlu jawab YA atau TIDAK
~ Jawab semua soalan
~ Jika menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling selesa
contoh : 1 ~ Ya
: 2 ~ Tidak
pastu sila tinggalkan emel untuk cheqna jelaskan hasil dari jawapan tuan2 dan puan2 sekalian..kang kalu cheqna publish kat sini kan takut tak sesuai lak...

1
Selesa memberitahu kawan2 mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya

2
Lebih suka bekerja dengan idea2 dari bekerja dengan data dan benda

3
Suka melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri dari mengikut struktur yang telah ditetapkan

4
Merasa selamat bila saya tahu orang yang saya percayai berada disamping saya

5
Suka menghadiri majlis2 kenduri dan perkahwinan

6
Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa2 sahaja bahan yang saya baca

7
Lebih selesa tinggal di kawasan yang tidak mempunyai ramai jiran tetangga

8
Sukakan suasana kehidupan yang berubah2

9
Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah2 yang rumit

10
Selalu mengelak dari bertanya kerana takut akan salah

11
Mempunyai keinginan supaya orang lain menganggap diri saya sebagai pemimpin

12
Menolong sedaya upaya kawan2 yang menghadapi masalah

13
Mengharapkan sanjungan dari kawan2 untuk mengelakkan diri dari rasa tertekan

14
Suka kepada kerja2 yang mempunyai struktur yang jelas

15
Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya

16
Setakat ingatan saya, saya tidak pernah meradang dengan sesiapa

17
Selesa meminta pertolongan dari kawan2 dan ahli2 profesional bila menghadapi masalah

18
Memikirkan secara kritikal setiap perkara yang saya buat dan lihat

19
Memikirkan sendiri cara2 untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi

20
Mengelak dari memperkatakan perkara2 yang boleh menyebabkan orang lain marah

21
Suka berucap semasa berada di dalam kumpulan yang besar

22
Suka memikirkan masalah2 yang rumit dan mencabar

23
Seringkali memendamkan perasaan saya agar tidak diketahui orang lain

24
Tidak suka terikat dengan jadual yang ketat untuk aktiviti2 masa lapang

25
Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja2 yang telah dimulakan

26
Merasa kecewa bila memikirkan diri saya tidak berupaya mengawal keadaan

27
Selalu membuat keputusan2 penting bersebdirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain

28
Tidak sampai hati melihat orang lain dihukum walaupun ianya telah diadili

29
Ingin supaya orang lain bersimpati dengan masalah hidup yang saya alami

30
Suka melakukan sesuatu kerja dengan kemas dan teratur

31
Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya

32
Saya tidak pernah mengumpat tentang diri seseorang

33
Selesa meminta kembali barang2 yang telah dipinjam oleh kawan

34
Berminat membaca buku2 bercorak akademik, falsafah dan psikologi

35
Akan menghadiri sesuatu majlis jika saya rasa ingin berbuat begitu

36
Selalu memihak kepada kumpulan yang mendapat suara majoriti

37
Percaya bahawa diri saya adalah seorang yang peramah dan mudah mesra

38
Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal

39
Jarang bercakap di dalam sesuatu sesi perbualan atau perbincangan

40
Merasa seakan2 berminat kepada semua perkara

41
Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain

42
Percaya bahawa orang lain membuat sesuatu kerja lebih baik daripada saya

43
Lebih suka menjadi ketua dari menjadi pengikut

44
Sedia memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengira pertolongan itu dihargai atau tidak

45
Selalu menceritakan masalah2 peribadi kepada orang lain

46
Suka kepada aktiviti2 yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci

47
Mencuba bersungguh2 dalam melakukan apa sahaja kerja

48
Saya tidak pernah memecahkan rahsia kawan2 saya

49
Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi

50
Berminat untuk mencipta idea2 dan teori2 baru yang berhubung dengan manusia

51
Tidak mengharapkan orang lain membantu menyelesaikan kerja2 saya

52
Suka menerima pimpinan orang lain

53
Mudah memulakan perbualan dengan orang2 yang belum saya kenali

54
Suka menyelesaikan masalah2 yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan

55
Mengelak daripada bercakap dengan orang lain melainkan jika ditegur terlebih dahulu

56
Merasa bosan bila tiada kerja2 baru yang boleh dibuat

57
Akan meneruskan kerja2 yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis

58
Rasa tidak puas hati dengan apa yang telah saya capai dan perolehi sehingga ini

59
Suka membuat keputusan untuk kumpulan

60
Selalu meminjamkan barang2 yang saya sayangi kepada kawan2 yang memerlukan

61
Selalu mengharapkan belaian kasih sayang dan perhatian dari orang lain

62
Ada jadual makan dan tidur yang tetap untuk setiap hari

63
Suka menerima hadiah2 dan anugerah2 bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi

64
Saya sentiasa bersetuju dengan pendapat ibu bapa saya

65
Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya

66
Suka menganalisis personaliti individu yang saya temui

67
Tidak suka dikawal oleh individu yang mempunyai autoriti

68
Tidak akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun saya tidak bersetuju dengan peraturan itu

69
Cenderung bercakap lebih banyak dari orang lain apabila berada di dalam sesuatu kumpulan

70
Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea2 yang abstraks

71
Suka menghabiskan waktu petang seorang diri dari berbual dan bermain dengan kawan2

72
Selalu mengubah program dan aktiviti yang telah saya rancangkan

73
Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu

74
Rasa bersalah terhadap beberapa perkara buruk yang telah saya lakukan pada masa lalu

75
Akan mengambilalih tugas kepimpinan apabila suasana berada dalam keadaan tertekan

76
Gembira menghabiskan sebahagian dari masa saya membantu menyelesaikan masalah2 sosial

77
Merasa perlu mencurahkan perasaan yang terkandung di dalam hati saya kepada kawan2

78
Menyusun idea dan pemikiran saya dengan cermat sebelum memulakan perbualan

79
Berusaha bersungguh2 untuk mencapai kemenangan dalam apa2 sahaj aktiviti yang bercorak pertandingan

80
Saya tidak pernah tersinggung apabila ditegur oleh kawan2

81
Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan ketua kurang jelas

82
Suka melibatkan diri dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang ideal

83
Suka melakukan kerja2 yang tidak melibatkan arahan, persetujuan dan pendapat orang lain

84
Meminta pendapat dan persetujuan orang lain sebelum memulakan sesuatu pekerjaan

85
Suka kepada aktiviti2 yang melibatkan orang ramai

86
Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca buku2 yang bercorak akademik

87
Suka menyendiri melayan fikiran

88
Selesa dalam menghadapi situasi baru

89
Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka

90
Merasa diri saya gagal bila orang lain membuat kerja lebih baik daripada saya

91
Bercita2 menjadi pemimpin sesebuah kelab atau organisasi

92
Ingin bergiat cergas dalam persatuan yang bertanggungjawab membantu individu yang kurang bernasib baik

93
Selalu meminta kepastian dari orang lain bahawa apa yang saya buat dan katakan adalah betul

94
Sentiasa menjaga ruang tempat kerja saya supaya kelihatan bersih dan kemas

95
Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita2 tinggi

96
Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa

97
Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan

98
Selalu memikirkan jalan2 penyelesaian kepada bermacam2 masalah sosial, politik dan ekonomi

99
Melakukan sesuatu mengikut cara saya sendiri tanpa memikirkan apa orang lain akan kata

100
Lebih banyak bertolakansur mengenai sesuatu perkara berbanding dengan orang lain

101
Selesa bercakap dengan seseorang walaupun bertemu nuat kali pertama

102
Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku2 dan artikel2 bercorak akademik yang saya baca

103
Merasa gugup bercakap di hadapan khalayak ramai

104
Tidak suka tinggal di sesuatu tempat dalam satu jangkamasa yang lama

105
Akan meneruskan kerja2 yang menghadapi kebuntuan, walaupun orang lain telah menarik diri

106
Merasakan bahawa kehidupan saya adalah tidak menggembirakan

107
Selalu mempengaruhi orang lain supaya menerima pendapat saya

108
Percaya bahawa menolong orang lain adalah sama penting dengan menolong diri saya sendiri

109
Rasa sedih menghadapi masalah2 peribadi bersendirian tanpa sokongan dari kawan2

110
Merancang dengan teliti matlamat yang ingin saya capai di masa akan datang

111
Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh2

112
Sejarah kehidupan saya sentiasa menyeronokkan dan menggenbirakan

113
Lebih selesa membuat kerja2 yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain

114
Berminat mencari sebab musabab mengenai tingkahlaku dan permasalahan manusia

115
Selalu bertindak mengikut keyakinan diri

116
Merasa perlu bergantung kepada individu yang saya percayai bagi membentuk nilai2 hidup saya

117
Lebih selesa berinteraksi dengan individu yang tidak saya kenali dari duduk seorang diri

118
Sering memikirkan sebab2 berlakunya masalah didunia ini serta cara penyelesaiannya

119
Selalu merasa bimbang bila bertemu dengan orang yang belum saya kenali

120
Suka membuat sesuatu kerja hanya disebabkan ianya berbeza dari yang lain

121
Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa

122
Merasakan yang diri saya patut dihukum kerana telah melakukan sesuatu yang salah

123
Suka kepada aktiviti2 kumpulan di mana saya bertindak sebagai ketua

124
Mudah mesra dan mudah membina persahabatan dengan orang lain

125
Merasa kecewa bila orang lain tidak menghargai saya

126
Merancang semua aktiviti supaya ia dapat dijalankan dengan lancar

127
Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain

128
Walaupun rakan2 selalu membuatkan saya ternanti2, saya tidak pernah marah

129
Agak mudah marah berbanding dengan kawan2 saya yang lain

130
Memperuntukkan masa yang agak banyak bagi memikirkan masalah2 rumit yang perlu diselesaikan

131
Percaya yang saya mempunyai hak untuk menentukan sendiri apa yang saya ingin saya lakukan

132
Lebih suka meminta nasihat dari orang lain daripada cuba menyelesaikan masalah saya sendiri

133
Menganggap diri saya sebagai orang yang mudah untuk didampingi

134
Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan kawan2 saya yang lain

135
Merasa amat sukar memberitahu orang lain mengenai diri saya

136
Ingin mencuba sesuatu sekurang2nya sekali

137
Bila saya membuat sesuatu keputusan jarang sekali saya akan mengubahnya

138
Percaya bahawa diri saya mempunyai lebih banyak masalah peribadi dari orang lain

139
Gembira jika saya terpilih untuk memegang jawatan yang mempunyai autoroti

140
Percaya bahawa kebanyakan orang yang saya temui boleh menjadi kawan kepada saya

141
Ingin supaya diri saya difahami dan diterima oleh orang lain

142
Bekerja lebih efektif mengikut jadual yang telah dirancang terlebih dahulu

143
Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti2 dan kerja2 yang mencabar

144
Saya tidak pernah bosan melakukan kerja yang berulang2

145
Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah

146
Suka membaca buku2 yang boleh membantu saya mengenali diri dengan lebih baik

147
Berpendapat bahawa apa yang betul dan apa yang salah adalah ditentukan oleh diri saya sendiri

148
Tidak akan memulakan sesuatu kerja bila saya dapati orang lain tidak berminat untuk melakukannya

149
Mempunyai ramai sahabat dan kenalan

150
Suka berbincang mengenai konsep2 dan idea2

151
Akan mengelak situasi2 yang memaksa saya berhubung dan berinteraksi dengan orang ramai

152
Merasa bosan hidup dalam keadaan yang stabil di sepanjang masa tanpa perubahan

153
Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera

154
Takut akan kecewa dalam mengharungi hidup

155
Akan memilih pekerjaan di mana saya mempunyai tanggungjawab penuh untuk menyelia

156
Suka melawat kawan2 dan jiran2 saya yang saya sakiti

157
Akan meminta pertolongan kawan2 yang lain apabila menghadapi kebuntuan

158
Rasa kecewa bila ada sesuatu yang mengganggu perjalanan rancangan saya

159
Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruh

160
Saya tidak pernah cemburu walaupun kekasih atau orang yang saya sayangi bermesra dengan orang lain

10 comments:

  1. Waduh...... 160 soalan.... walau tak susah tapi vertigo chekdee boleh datang menyerang..kalu cam tu....ukhussss......alasan baik untuk tak nak jawab.....jangan mare.....

    ReplyDelete
  2. chekdenoor
    alasan baik punyer..
    wakakaka
    sesetengah orang takut tau nak amik inventori ni konon2 tak nak tahu dia ni jenis camana..
    actually depends pada org yang menjawab tau..
    jangan bimbang..inventori ini ada skala penipuannya tau..hehehehe

    ReplyDelete
  3. cik intan
    sila..sila..sila bersila..menungging jawab inventori ini

    ReplyDelete
  4. aduusssss.... siksa jiwa ragaku...

    kena tunggu bila free-free nanti bru boleh scroll down lama2 lagi......

    ReplyDelete
  5. Cheqna weiii...

    ini soalan membunuh namanya !
    wakakaka

    Wokeh..akak akan buat. Jangan tak percaya, akak tetap akan buat ...Yup! akan buat dengan sebuat-buatnya .

    Oleh kerana soalan dia panjang berjela..awak kena tunggu jawapan dia tauuuuu..

    tungguu..tungguuuu...and tungggguuuuuuuu!

    Fuh ! rasa berkobar-kobar jek..

    semangat.. oh semangat.. sila datang .

    ReplyDelete
  6. erkkkkkkk...

    uwawawawawa..

    manyakknyerrrrr.

    ni baru la dinamakan inventori yerr dik..

    ReplyDelete
  7. kak a.z.r.i.n.a.03.07
    hehehehe
    em..bilala agaknya akak free ek???
    ku menunggumu kak..
    ekekeke

    ReplyDelete
  8. kak Linda..
    kalaulah betul..maknanya akak mencipta rekod sebagai org pertama terbunuh sebab jawab inventori ni...ekekeke
    eleh setakat jawab YA atau TIDAK je akak oi...
    poyos..

    ReplyDelete
  9. sis nita...

    jawab jangan tak jawab kak..

    sila jangan nanges dulu ye

    tu la kak...yang menengok soalan dah nanges..bayangkan adikmu ini yang kena tadbir.. lagi la..huargh...

    ReplyDelete

~ thanks sebab sudi tinggalkan komen.....sayang anda semua......~